Quantcast
Channel: Secubit Garam
Viewing all 229 articles
Browse latest View live

PUDING KEK

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama tak buat puding2 nih.. Al maklum la kan, musim tengkujuh kat pantai timur, mana la rasa nak makan yg sejuk2. Sehari dua ni pun dah start hujan dan berangin balik.. Anak2 pun tak request utk buat dessert sejuk masa cuti sekolah baru2 ni. Tapi kebetulan ada lebihan kek butter yg dibawa balik oleh cik abe masa dia gi shooting kat sebuah kedai kek terkenal gak kat KT baru2 ni, K.Nor pun amik peluang buat something dgn kek tu. ehh sebelum tu nak bgtau dulu, dessert arini dah laaaaaaaaaaaaaaaama jd **ja sbb K.Nor buat ni tahun lepas.. hehe betul la tu.. Walau baru bulan Januari, Disember baru2 ni dah dikira tahun lepas kan.. Biasa la tu, skrg ni mmg banyak entry terdelay.. Dah jadi anak murid Ayu S'pore ni.. hehe.. Jgn marah ek Ayu.. ^__^


Kek butter mmg tak jalan sgt kat rumah ni tambah lg yg tak ada coklat2 nih.. Lagi la tak ada sambutan. Tu pun, kek yg dpt tu, bukan besar sgt, saiz lebih kurang 3" x 8" jer, Kesian dia duk termenung dlm bekas tak ada org ngap. Ada la belen dlm 1/3 dr kek tu, tu pun yg makannya cik abe dan K.Nor jer.. Jadi dr membazir, K.Nor pun terlintas nak try resipi yg pernah dikongsi Dayang Jack, agak lama dah la.. PUDING KEK.. tu la nama resipinya. 

Bahan2 nak buat simple dan buatnya pun mudah jer. Alhamdulillah, bila dibuat puding gini, laku la pulak. Sedap tau, bila kek digabungkan dgn puding.. Kalau nak lebih sedap lagi, lebihkan kek tu.. Lagi best, kan Dayang :) ehh.. TQ Dayang for the recipe ya.. ^__^


PUDING KEK
Bahan-bahan :
3 cawan air
1 sudu besar serbuk agar-agar (dyg guna Cap Bunga Ros)
3 sudu besar tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
1/2 cawan gula pasir ( boleh lebihkan sedikit jika nak lebih manis - bergantung pd kemanisan kek)
3/4 cawan susu cair
1 sk esen vanilla
hirisan kek secukupnya (dipotong kiub @ ikut suka)Cara-cara :

Cara:
Didihkan air bersama serbuk agar-agar di dalam periuk. Setelah larut masukkan gula dan susu cair. Setelah gula larut, biarkan ia merendidih.
Masukkan bancuhan tepung kastard tadi serta esen vanilla. Kacau hingga pekat.
Sediakan loyang yang sudah dibasahkan dgn air. Tuangkan adunan tadi ke dalamnya. Masukkan/susunkan atau gaulkan perlahan-lahan kek yg sudah dipotong tadi.
Sejukkan sebelum hidang.***adunan agar2 ini juga sesuai utk puding koktel tetapi sukatan gula perlu ditambah sedikit.



AYAM PANGGANG berCAJUN

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Wordless aci tak? hehe... tak aci ek.. erm.. bukan hari Rabu tak leh wordless ya...ok.. kita short2 talk aje dah la ya.. no long2 talk.. tuan rumah sakit paler.. Biasa la tu kannnnn... 


Biasa duk ber cik mary jer dgn ayam panggang, kali ni kita tukar ke pak cajun lak.. Dulu dah pernah post AYAM PANGGANG ROSMARY BERCAJUN, kali ni kita buat pak cajun beraksi secara solo, tak lagi bergandingan dgn cik mary ya..Yeahhhh.... pak cajun pun tak kurang hebatnya bila beraksi solo U.... Alhamdulillah ... sedap! Setanding dgn ayam panggang yg cik mary beraksi solo. Rasanya kalau guna pak cajun lg best, sbb aroma rempah cajun ni lebih sedap dan berperisa.. That's my anak tekak say la.. Anak tekak we all ahli dlm rumah pun sama gak, kata sedap.. Tak tau la anak tekak U all, kena terai la dulu yekkk... ^___^


AYAM PANGGANG CAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
2 keping bahagian peha ayam
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ ditumbuk
1 sudu besar cajun
1 sudu besar gula perang/madu
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar italian herbs
1 sudu besar extra virgin olive oil

Cara :
Gaul kesemua bahan-bahan kecuali ayam hingga sebati.
Lumur pada ayam dan perap paling kurang 1 jam (dalam peti ais)
Panaskan pemanggang/oven dan bakar/panggang ayam hingga masak (lebih kurang 40 - 45 min).
Sedia utk dihidangkan...

* hidangan ini sedap dimakan bersama CREAMY COLESLAW. Atau boleh juga dimakan bersama kentang dan lobak merah yg dibakar bersama2 ayam (jgn lupa perapkan sekali kentang dan lobak merah yg telah direbus setengah masak bersama ayam)

Cajun Seasoning
gambar dr google


BLUEBERRY OREO CHIFFON CAKE

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Menu terperam lagi .. tak per ... sbb gambar tak basi, peram lama2 kalau dpt jadi ikan pekasam pun best gak.. makan dgn nasi panas2 time hujan nih.. perghhh.. syok abis.. hehee


Memang very the gebus kek cipon yg dihasilkan ni dan semestinya amat sedap. Wangi jer time duk bakar dlm oven tu.. Biasa lah kan, kalau dah antu kek cipon.. semua sedap! Banyak lg versi kek cipon yg ingin dicuba.. Versi keledek, keladi, labu, mangga.. haa.. versi doyan pun dah ada skrg ni.. Insyaallah akan dicuba gak satu hari nanti.. ^__^

Tq Buk Rima, perkongsian resipi kek cipon ni mmg mendapat sambutan.. ermmm.. bila lagi nak buat resipi2 lain dlm buku resipi chiffon cake tu? ^__^


BLUEBERRY OREO CHIFFON CAKE
source : Rima
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
6 egg yolks
100g blueberry yogurt ~ k.nor guna yogurt plain
150g flour - i used cake flour
4g baking powder
100g caster sugar ~ k.nor letak 35gm aje
3g salt
100g vegetable oil - i used canola oil

6 egg whites
1g cream of tar tar ~ k.nor gantikan dgn 1 sudu besar jus limau (boleh juga guna lemon)
100g sugar
50g of blueberry oreo - cut into tiny bits ~ k.nor guna 7 kpg (1 kpg = 10gm)
enough blueberry paste or purple colour ~ k.nor letak 1/2 sudu kecil blueberry paste dan skip pewarna purple

Method
- Preheat oven 150C
- Whisk egg yolks with sugar till pale in colour.. add in yogurt and also oil.. add in ur sifted flour, baking powder and also salt.. lastly add in purple colour (i used wilton gel) - set aside
- In another bowl.. whisk egg white with cream of tar tar till foamy.. slowly add in sugar a little at a time and whisk till soft peak.
- Scoop 1/3 egg white meringue and add to egg yolk mixture.. fold in gently. once combined.. pour ur egg yolk mixture into meringue and continue to fold in gently and lightly.. once mixed pour half of ur mixture into a 22cm tube pan.. sprinkle half of ur oreo blueberry.. pour the rest of ur mixture and lastly throw in the rest of ur oreo bluberry..
Bake it for 50mins.. once baked.. turn ur chiffon pan and once its cool.. take it out of ur pan..

Very the gebus kan.. dah naik dgn jayanya sampai melebihi paras yg dibenarkan dah tu.. hehe
lebih tinggi dr tiang tepi loyang :)

CREAMY SCRAMBLE EGG with HOT & SPICY SAUSAGE

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM..

Wahhh.. banyak hari betul tak bersiaran.. Bila cuti lama2 gini mula la jari jemari keras nak menaip.. Otak pun  start membeku nak mengarang.. hehehe Syok wehh duk lepaking. Hishhh mana ada duk saja2, goyang tangan goyang kaki.. Time cuti2 gini mmg bz kat dapur la dan tak lupa juga kebun sekangkang kerbau tu.. Kan anak2 balik bercuti dr asrama, tambah lagi meraikan kedatangan buah hati dr Puchong. So aktiviti memasak semestinya berganda ler.. Alhamdulillah, walau pun penat tp seronok bila tengok tetamu dan ahli keluarga K.Nor makan dgn berselera. Menu mcm biasa, yg ulang tayang cuma ada satu jer menu yg belum dibuat lagi sebelum ni. Insyaallah akan ditayang esok.. esok ke? hehe kalau ghajen la ya.. :) Hari ni kita tayang menu bekpes dulu. Menu yg dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama terperam dlm folder. Kalau tak silap time cuti sekolah akhir tahun lepas.. hehehe.. 


CREAMY SCRAMBLE EGG ni K.Nor gandingkan dgn sosej yg digoreng pedas, HOT & SPICY SAUSAGE. Resipi sosej ni dah pernah post dulu kat SINI. Sesekali layan bekpes cara omputih tak salah kan................ ermmmm.. tiba2 blurr.. kehilangan idea nak mengarang.. ermmmmm.. Kita semak resipi aje dah la ya..  ^__^

Bersama se mug kopi dan jgn lupa semangkuk bubur oat.. alhamdulillah.. kenyang  ^__^

CREAMY SCRAMBLE EGG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 biji telur
1/2 cawan susu fresh ~ k.nor guna yg dlm kotak
1/2 sudu kecil serbuk cili kasar
secubit garam
1 sudu besar mentega

Cara:
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 lain kecuali mentega.
Pukul sedikit sehingga semuanya sebati.
Panaskan kuali non stick dan masukkan butter.
Bila mentega dah cair, masukkan adunan telur.
Biarkan seketika kemudian kacau hingga telur tadi hancur dan masak.
Angkat dan hidangkan.


HOT & SPICY SAUSAGE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 pek sosej ayam ~ k.nor guna brand Ramly
1/2 sudu kecil serbuk cili kasar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil cajun
1 sudu besar mentega

Cara:
Panaskan frying pan.
Masukkan sosej yg dah dipotong serong.
Goreng seketika, kemudian masukkan serbuk cili kasar, serbuk lada hitam dan cajun.
Kacau hingga rata dan masukkan butter.
Goreng lagi hingga sosej sedikit garing dan bolehlah diangkat dan dihidangkan panas2.

* tak perlu masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr sosej dan juga mentega

KEK CHEESE BERSALJI @ SNOW CHEESE CAKE

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH... akhirnya dpt gak tunaikan impian nak menggodek dan merasa kek yg tengah pemes emes nih.. Kek yg lebih fofular dgn panggilan SNOW CHEESE CAKE. Kek yg basenya kek sponge yg lembut dan gebu, yg manisnya sedang2 aje atau omputih kata just nice (ai laik! hehe), ditoppingkan dgn campuran cream cheese dan susu pekat manis (susu ni K.Nor tak sukat, masukkan gitu jer, bila pukul dgn cheese tu, rasa dah ngam2 elok tak manis sgt, dahhh.. sedap!) pastu dilitupi dgn parutan halus cheedar cheese.. perghhhh.. double cheese u! mana tak enak kan.. Kalau cikgi Hana, dia buat triple cheese sbb basenye tu dibuat menggunakan resipi slice cheese cake.. fuhh.. triple cheese.. lagi la triple enak tuh.. Tp bg K.Nor double cheese atau dgn kata lain, ikut resipi asal pun dah cukup sedap.. Kang triple cheese, peluang nak triple gumuk atau menternak lemak tinggi ler.. Badan pun dah mcm dipam2 jer skrg nih.. huhu.. makin menggebussssssss :)

Salji yg kekuningan.. hehee

Kek ni mmg dah lama benor nak buat. Sejak K.Zai mula2 tayang dulu tp duk KIV jer.. Bila kek ni makin pemes, anak2 lak tak ada kat rumah. Kang kalau buat time anak2 tak ada, si tukang buat ni yg pulun banyak! haishhh... Tunggu ler anak2 balik cuti, tp tak terbuat gak. Akhirnya peluang nak buat dtg bila anak2 sdara yg melangsungkan perkahwinan baru2 ni ehhh.. tahun lepas, dtg bersama suami masing2 dan jugak sister K.Nor sekali juga anak no 3 pun turut dtg sbb jd driver mama dia.. hehe  Kiranya kek spesel la, meraikan kedatangan pengantin2 yg dah tak seberapa nak baru tu.. hehehehe

ALHAMDULILLAH... puas hati dpt buat kek ni. Memang laris di pasaran. Anak2 K.Nor pun suka (paling suka bila tengok Luqman pun duk angkut jer kek ni.. sbb dia ni picky eater sket.. so bila dia suka dan ulang makan, si emak lg la suka hehe). Petang tu, kek ni juga menjadi hidangan kawan Luqman yg dtg bersama ibunya ke rumah K.Nor.. Dan akhirnya kek ni, licin tak sampai 12 jam hehe.. (ada peluang nak menggodek lg ler hehe)


Bagi yg belum mencuba tu, jom la cuba kek yg mabeles ni.. Mudah jer dan insyaallah manisnya pun sedang elok jer. Mekasih pd K.Zai yg menguar2kan kek yg sedap ni dan mekasih pd SherryMZ @MyrResipi yg berkongsi resipi pd awalnya.. Dan tak lupa pada mereka yg dah menayang kek ni di blog masing2 yg dah buat diriku turut sama mencubanya.. Ramai sgt, tak tersebut.. kang kalau ada yg tertinggal, ada lak yg kecik hati.. Tak yah sebut la ya.. hehe Tq all ^___^


KEK CHEESE BERSALJI
resepi : Sherry mz@MyR
sumber: Kzai@Teratakimpian
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


KERABU JANTUNG PISANG IKAN BILIS

$
0
0
ASALAMUALAIKUM...

Kali ni bukan entri tertunggak, bukan entri terdelay dan bukan entri terperam. Entry fresh lagi ni ya.. hehe 

2 hari lepas, jiran K.Nor dtg bagi sedikit buah2an dan juga 2 biji jantung pisang. Jgn tanya la jantung pisang apa, sbb K.Nor pun tak tanya jiran tu.. hehe..  Sebelum ni tak pernah lg makan Kerabu Jantung Pisang, cuma pernah nampak di beberapa dapur geng blogger yg menayangkan menu jantung pisang ni.  Dlm hati tu, terasa gak ingin menerai resipi dan juga merasa kesedapan Kerabu Jantung Pisang. Cuma bila gi pasar, tak terbeli la pulak jantung pisang utk dibuat kerabu.


Kebetulan jiran baik tu bg jantung pisang, K.Nor tak menolak pemberiannya tu. Org kata, pucuk dicita ulam mendatang kan.. (tu lah untungnya duduk di kampung ni, ada jiran yg baik hati memberi itu ini.. kan... hehe)  Alhamdulillah.. rezeki ni... Semoga murah rezeki Pak Ngah dan isterinya yg baik hati tu Lepas dpt jantung pisang tu, terus K.Nor gugel resipi jantung pisang. Pernah nampak Ayu Spore tayang kat blog dia, ingat gak yg Hana/Ina dan CMG pernah tayang resipi jantung pisang. Hasil gugel situ sini, terjumpa beberapa resipi yg menarik utk dibuat. K.Nor save kat draf jer buat masa tu. Tak berpeluang lg nak menggodek. Hari ni baru ada kesempatan nak mencuba salah satu resipi yg disave. K.Nor mulakan dgn resipi yg pertama, resipi dari dapur HANAMEMORIES.. Kalau tak silap, Ayu pun dah cuba resipi ni kan.. :)

Org kata, mmg tak sia2 cuba resipi ni. Memang sedap! K.Nor ratah gitu jer.. heeee... Tp nak cakap awal2, K.Nor tak buat ikut resipi yg menggunakan 1 bj jantung pisang. Disebabkan yg nak makan tak ramai dan biasanya hanya utk sekali makan jer (lunch) jd K.Nor guna 1/2 bj jer jantung tu. So dari 2 bj jantung pisang, boleh la dpt menerai 4 resipi yg berbeza kan.. hehe


Ok lah.. tak mau cakap panjang lagi dah .. ni pun dah panjang .. huhhh.. Fenat nih.. baru abis projek kat dapur.. So time nak lepaking lak..  Maceh ya Cikgi Hana.. psst.. panjang umur dan ada rezeki kita jumpa lg ya.. ^__^

KERABU JANTUNG PISANG IKAN BILIS
by : HanaMemories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
satu biji jantung pisang
3 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
6-10 biji cili padi
1 tangkai lada merah - hiris
1 inci belacan bakar
1/2 biji bawang besar - mayang halus
1 biji tomato - buang empulur dan hiris
2 biji limau kasturi - lebihkan jika ingin lebih masam
1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
gula@perisa
garam

Cara-cara
Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga ke kulit yang putih. Rebus dengan sedikit garam lebih kurang 15minit atau hingga masak/lembut. Toskan, perah dan hiris nipis. Ketepikan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, lada merah, dan belacan bakar hingga lumat.
Satukan jantung pisang yg telah dihiris tadi, bawang besar mayang, dan tomato.
Kemudian masukkan garam, sedikit gula@perisa dan juga bahan tumbuk tadi.
Masukkan ikan bilis goreng.
Perahkan limau kasturi. Ambil jus sahaja.
Gaul mesra.
Segera dihidang ketika ikan bilis tengah rangup.


RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Sebelum ni dah biasa buat MARBLE CHEESE BROWNIES dan dah pernah juga  K.Nor buat RED VELVET CAKE/CUPCAKE. Jadi kali ni nak menggabungkan kedua resipi menjadi satu. Dengan menggunakan resipi Red Velvet Cake yg diambil dr SINI , K.Nor gabungkan dgn resipi lapisan cheese dr resipi Marble Cheese Cake. Cara membuatnya K.Nor tak ikut spt dlm arahannya tu sbb tu kaedah membuat kek yg mana butter dipukul hingga kembang, masukkan telur dan pukul lg hingga gebu dan seterusnya tu. Mengikut ilmu yg ada setitik ni dan based pd pengalaman yg sedikit, pembuatan brownies sebenarnya lebih mudah, yg mana bahan kering dicampur ke dalam bahan basah. Godek2 gitu jer tanpa perlu menggunakan mixer (kebiasaanya menggunakan handwisk atau spatula). Lagipun mmg tekstur brownies agak padat sket dan tak segebu tekstur kek kan..  Itu lah kelainan di antara kek dan brownies :)

Brownies yg dibuat kali pertama minggu lepas ^___^

Kemudian utk toppingnya, K.Nor lebih suka guna dr resipi Marble Cheese Brownies kerana ianya agak mudah dan sedap (juga ada sedikit olahan pd bahan yg digunakan). Jadi resipi brownies yg dihasilkan ni adalah gabungan dua resipi yg mantop dan yummy! K.Nor letakkan kat bawah ni, resipi RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES yg dah K.Nor olah dr gabungan 2 resipi yg K.Nor sebutkan di atas.. Silakan mencuba, insyaallah sedap.. :)



RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan utk brownies:
2 1/2 cawan (250gm) tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan (113gm) mentega ~ dicairkan
1 1/4 cawan gula castor
2 biji telur A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan susu fresh
2 sudu besar perahan lemon/limau nipis

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 160C.
Alas loyang 10" x 10" dgn baking paper dan lebihkan bahagian tepi utk memudahkan proses mengeluarkan brownies.
~ ~ ~
Masukkan perahan lemon/limau nipis ke dalam susu fresh dan kacau sedikit.
Biarkan selama 5 - 10 min. (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Masukkan pewarna merah ke dalam bancuhan susu dan kacau.
~ ~ ~
Ayak tepung naik sendiri bersama serbuk koko dan garam. Ketepikan.
Dengan menggunakan handwisk, kacau gula bersama mentega cair sehingga gula sedikit larut.
Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan pula esen vanila dan bancuhan susu/buttermilk tadi. Kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak tadi dan kacau.
Bila adunan dah sebati, masukkan cuka dan kacau sekejap (jgn overmix)
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. (tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar dan masukkan ke dalam piping bag/bag plastik bersih, utk mencorak bahagian atas topping/cheese)
Bakar selama 20 min menggunakan api atas bawah (atau sehingga bahagian atas masak sedikit)
Keluarkan dr oven dan tuang bancuhan lapisan cheese ke atasnya. Ratakan.
Gunting bucu piping bag/bag plastik dan paipkan secara melintang sehingga habis ke atas adunan cheese td.
Lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih.
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi lebih kurang 15 - 20 min.
Keluarkan dr oven dan biarkan sejuk. sebelum dipotong.

Bahan utk lapisan cheese:
250g cream cheese
3/4 cwn gula castor
1 biji telur gred A
5 sudu besar susu fresh

Cara:
Pukul cream cheese hingga gebu dan masukkan gula.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan pula telur dan susu fresh.
Pukul hingga kembang dan ketepikan.


Tips :
1. Buangkan baking paper dr brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yg lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
2. Utk pembakaran kali ke2 (selepas dimasukkan topping cheese, boleh la menggunakan api bawah sahaja bila permukaan cheese mula menampakkan keperangan.
3. Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat. (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko)
4. Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yg dah dipanaskan terlebih dahulu (mekasih pd AlongRoz atas tip ni )

Brownies yg dibuat kali ke2 ptg smlm ^__^


IKAN BERSAMBAL DAUN SELASIH

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM..

Mencuba lagi resipi2 yg menggunakan daun selasih sbb pokok selasih K.Nor tersangat lah merimbun.. Alhamdulillah.. mmg subur sgt.. Sejak ada kacang botol ni, dah kurang amik daun selasih utk dijadikan ulam, tu yg makin merimbun jer..


Resipi kali ni, K.Nor ambil kat dapur AlongRoz yg juga ada menanam daun selasih, yg juga suka explore resipi baru menggunakan daun selasih.. Alhamdulillah. sedap! K.Nor mmg suka rasa dan bau daun selasih nih.. wangi jer.. Mekasih Along atas perkongsian resipi yg best ni.. Rasanya boleh gak kalau nak gantikan dgn ayam ... ehh dulu dah pernah try resipi Ayam Daun Selasih Masak Cili Hijau, juga dr AlongRoz.. mmg yummy... 

IKAN BERSAMBAL DAUN SELASIH
By: AlongRoz@HomeKreation
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN2:
1 ekor Ikan (~ 800g) ~ k.nor guna ikan selar
1/2 st Serbuk Kunyit
10 bj Cili Hijau*
1 bj Cili Merah*
4 ulas Bwg putih* (* cincang dgn mesin)
1/2 bj Bwg Besar**
1 bj Tomato**
Daun Selasih** (** cincang) ~ k.nor tak cincang, masukkan gitu jer
Garam & Gula

CARA2:
1. Kelar2 ikan.
Lumur ikan dgn garam & kunyit.
Goreng dgn minyak dlm sehingga garing.
Angkat ke dlm pinggan.

2. Panaskan 1 senduk kecil minyak & tumis bhn2 cincang* sehingga garing.
Masukkan bwg besar, tomato & kacau sehingga tomato lembut.
Masukkan 1/4 cwn air & kacau sehingga pekat.
Masukkan daun selasih, garam & gula.
Kacau sebati & tuangkan ke ats ikan goreng tadi.

3. Hidangkan dgn nasi.



ROTI BUNGA BERINTI KACANG MERAH & the making..

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM..

Lama tak buat adegan 'the making ... ' kan.. Bila kerajinan datang dgn mood yg meninggi, baru la rajin buat the making atau step by step ni.. Tambah lg bila mood cameraman pun elok , boleh la bodek mintak dia shoot step by step tu.. hehe 

Kali ni K.Nor nak kongsikan cara2 membentuk ROTI BUNGA BERINTI KACANG MERAH yg masih menggunakan resipi roti kegemaran K.Nor BASIC DOUGH. Tapi kaedah membentuk tu, idea dtgnya dr satu page di fb, iaitu page BUKU RESEPI. Banyak info, tip dan idea yg boleh kita dpt dr page ni.. mmg bermanafaat... Sila la selongkar album gambar kat page tu dan lihat sendiri kelebihan yg terdapat di situ. Mekasih pd admin BUKU RESEPI yg sentiasa post pelbagai info dan ilmu yg berguna di page tu.. Kalau nak order buku masakan pun boleh, mmg dia menjual secara online.. (promote baekkk punya nih.. hehehe.. )
huhu.. roti ku terireng.. 

Idea membentuk Roti Bunga Berinti Kacang Merah ni dtgnya dr SINI, tp K.Nor tak ikut spt dlm gambar tu, yg menggunakan inti cincangan kekacang sbg intinya. Sebaliknya K.Nor guna inti kacang merah sbb my Che Abe penggemar roti berintikan kacang merah..

Ok jom layan the making of ROTI BUNGA BERINTI KACANG MERAH (K.Nor gunakan separuh dr doh yg dihasilkan menggunakan resipi BASIC DOUGH dibawah).  Semoga memberi semangat pd yg nak mencuba bila lihat pd gambar2 step by step ni..  Selamat mencuba :)

Click to enlarge

BASIC DOUGH 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


WATER ROUX*  : (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


KERABU JANTUNG PISANG

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM..

Ramai yg masih dlm mood cuti kan, sempena cuti CNY yg agak panjang kali ni.. Takper lah.. kita layan jer menu terdelay ni. 


KERABU JANTUNG PISANG, masakan yg dah dibuat selang sehari selepas KERABU JANTUNG PISANG IKAN BILIS yg dibuat baru2 ni. Spt yg K.Nor dah maklumkan dlm entri tu, ada jiran baik hati yg bg 2 bj jantung pisang pada K.Nor. Takkan nak buat kesemua 2 bj jantung pisang tu sekaligus. Lagipun kat rumah masa tu cuma ada 3 beranak jer dan Along bukan peminat masakan gini nih. Yg makan cuma K.Nor dan Cik Abe. Sekali rebus sebiji jantung pisang tu, K.Nor bahagi dua, so dpt lah K.Nor menerai 2 resipi baru. Kan bagus gitu hehe.. Dlm peti ais tu tergolek sebiji lagi jantung pisang. Tak diusik pun lagi.. Bila la nak kerjakan dia pulak tu.. Esok2 la kut hehe..


Kali ni K.Nor menerai resipi KERABU JANTUNG PISANG hasil pencarian di google, masuk dapur tu, selongkar senyap2 dapur ni.. Terjumpa la resipi yg menarik selera mata utk dicuba di dapur PERIUK TANAH milik K.Raihan.. Peyediaan dan bahan2 yg digunakan agak simple, tu yg buat K.Nor tertarik nak mencuba. Bila sedang godek tu, terfikir lak nak tambah sket daun selasih dlm kerabu ni. Alhamdulillah.. makin bertambah kesedapan kerabu jantung pisang ni.. Memang best! Tarak tifu punya.. hehee Wangi daun selasih tu menambahkan umpph rasa kerabu.. Tak caya cuba la..


Mekasih pada K.Raihan yg sudi berkongsi resipi KERABU JANTUNG PISANG yg asalnya dr artis Sheila Rusly ni. Izinkan Nor kopipes resipi tu dan panjang2kan ia kat sini pulak.. :)


KERABU JANTUNG PISANG
resipi asal Sheila Rusly
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang) 
Bahan A:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji lada hitam

*Tumbuk semua bahan A hingga lumat

Bahan B:
1/2 biji jantung pisang awak- saiz besar, kalau kecik guna 1 biji ye..
- buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.
1 biji tomato dihiris nipis
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin- gaul garam dan kunyit dan goreng separa garing (resepi asal ikan kembung direbus)- ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis- diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Didihkan air dalam periuk.
Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.
Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan.
Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.
Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan.
Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi....

*** tips sedap: kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tapi bagi yang 'perut nipis'boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya....

***kerabu ni boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.


SNOW CHEESE CUPCAKES

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Hari yg panas, terang benderang.. sesekali turun hujan, hujan panas.. Walaupun panas terik tp tak membahang sbb angin bertiup agak kencang.. Alhamdulillah.. segalanya nikmat dr Allah yg maha esa..

Meh nak tayang kapkek yg sedap nih.. Sebelum ni dah buat versi resipi asal, SNOW CHEESE CAKE @ KEK CHEESE BERSALJI. Memang syok kek tu, aritu dpt makan 2 potong jer, tu pun nipis2.. Menjadi santapan ramai tetamu yg berkunjung ke rumah pada hari tu. Anak2 pun mcm tak puas makan jer terutamanya Luqman.


Kebetulan duk sembang2 di mukabuku dgn K.Hanieliza kat post Ratna@Madihah berkaitan kek cheese ni, K.Liza bg idea yg mengkapkek kan snow cheese cake ni. Bagus idea K.Liza tu, terus K.Nor plan utk buat dlm versi  cupcake dan dijadikan hidangan utk tetamu jauh yg mengikut plannya nak dtg rumah sehari sebelum CNY. Tetamu dr Batu Pahat, Johor yg dah lama K.Nor kenal, sejak alam forum MyResipi lagi. Dah pernah gader2 di Pantai Batu Buruk dulu dgn beberapa org lagi geng forum bersama keluarga masing2. Orgnya tak lain tak bukan, Ana bini Wahid, atau kat myr dikenali dgn Waheedena yg manis senyumannya bak kata Love2cook hehe

Kalau ikut resipi asal, base kek tu menggunakan resipi kek sponge kan.. Jadi K.Nor sengaja guna resipi kek sponge yg dah beberapa kali K.Nor buat iaitu Kek Sponge resipi Sweet4everni. Terpulang pd citarasa masing2 nak guna resipi kek sponge yg mana.. Yg dah selalu guna pun tak jadi masalah, asalkan kek sponge :)


Kali ni mmg puas hati si hero bongsu ngap kapkek ni.. Duk ulang2 jer dia makan.. Jarang tengok dia ulang2 makan kek sbb dia ni picky eater sket.. :)

KEK CHEESE BERSALJI
resepi : Sherry mz@MyR
sumber: Kzai@Teratakimpian
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)
k.nor letak 3/4 cawan jer

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

* utk menghasilkan SNOW CHEESE CUPCAKE spt yg K.Nor buat:

isikan adunan 3/4 penuh cup dan bakar selama 15 - 20 min bergantung pd saiz papercup yg digunakan.


KEK COKLAT KUKUS dgn topping yg meleleh.. perghhh :)

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM..

Dah lama tak update blog pada hujung minggu tp dek kerana desakan manja teman blogger yg nakkan K.Nor update resipi Kek Coklat yg mendapat sambutan hangat (komen2) di fb smlm, dgn topping coklat yg meleleh-leleh tu.. K.Nor merajinkan diri gak buat seketika utk mengedit gambar dan mengarang entri berkaitan Kek Coklat mabeles nih.. Biarkan seketika sebakul baju yg sedang dlm proses mengiron nun.. Kejap lagi sambung balik heheh..

Actually, beberapa hari lepas, si tukang masak kurang sihat sket. Bukan banyak pun, demam tak panas sgt tp tekak perit, nak menelan sakit jer.. Yg paling teruknya duk bersin manjang, kepala pun mula la ting tong... Lepas masak lunch hari tu, K.Nor landing seketika pastu bila bangun tekak terasa sgt nak makan kek cekelat. Nak yg jenis kukus dlm bekas, pastu curah ganache direct dlm bekas tu dan ganache tu pulak tak nak yg pekat/likat sgt. Nak yg versi cair2 sket gitu. Biar masih meleleh bila kita scoop tu.. fuhh..  teruk betul penangan org tak sihat ni kan.. Kebetulan pulak tengahari tu, K.Liza call, duk sembang hal kek cekelat dgn topping yg tak likat la, nak yg meleleh la.. adehh.. mula la tekak terasa2 nak makan gak.. 

Hiasan versi org kurang sihat dan kurang kerajinan  hehee

K.Nor pun selongkar la dapur situ sini, nak cari resipi Kek Coklat versi kukus, versi org kurang rajin. Tak mau yg versi kena beat bagai, nak versi campur2 jer bahan2nya tu. semudah A + B + C kata org.. hehe Pastu jumpa la satu resipi di dapur org Kerteh.. Terus K.Nor save.. tp disebabkan dah agak lewat petang, kensel menggodek kek cekelat tp K.Nor gi jenguk kebun, gembur2 tanah, baja2 sket pastu siram.. Berpeluh gak badan, terasa segar sket kan dpt buat kerja yg mengeluarkan peluh ni.. 

Keesokkan pagi tu baru K.Nor godek kek yg teringin sgt kat anak tekak nak makan ni. Alhamdulillah.. mmg sangat2 puas hati. Memang memenuhi hajat yg diidamkan. Dengan tekstur kek yg lembut dan moist, ganache yg meleleh.. perghhhhhh... nikmat sungguh! omputih kata mmg heaven u! Makan pun sambil pejam2 mata hehehe... Tak caya tanya Lieza, dia pun dah buat.. Kerana dia la ni, K.Nor kena masukkan entri cpt2 ni, sbb dia nak tunggu K.Nor postkan entri, pastu dia nak postkan entri dia lak.. hehe

Memang tak ada hiasan sbb K.Nor suka yg bodo2 gini hehe
Mekasih K.Liza, berkongsi resipi Kek Coklat Kukus yg sangat2 mudah dan sedap ni. Tak perlu mixer bagai, A + B + C jer tau.. pastu tuang dlm loyang dan kukus. Mudah jer kan.. Yg K.Nor buat ni, K.Nor letak dlm bekas plastik tu sbb nak ngap direct dlm bekas gitu. Tak abis ngap, simpan dlm peti ais. Mudah kerja, tak perlu potong, tak perlu basuh banyak bekas. Boleh guna bekas plastik taufu fa tu.. Nak buat dlm bekas kecik pun tak jadi hal cuma kena banyak basuh bekas la pulak tu.. :)

K.Nor guna resipi Ganache yg selalu K.Nor buat dulu2 kat resipi MOIST CHOC CAKE. Utk mendapatkan ganache yg meleleh, K.Nor tambahkan dgn sedikit air panas dlm bancuhan ganache yg kali ke dua tu. Memang meleleh! :)

Meleleh! So Yummy! ^___^
KEK COKLAT KUKUS
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang ~ manis yg ngam2, tak perlu kurangkan gula

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata (ayak dulu kesemua bahan kecuali gula perang).
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

* Bila guna bekas plastik kecik spt yg K.Nor guna ni, kukus kek selama 30 - 35min atau sehingga masak dgn api sederhana supaya tidak naik membumbung atau supaya kek tu tak merekah.
** tutup bekas plastik dgn penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.
*** bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dgn membuat ganache.

CHOCOLATE GANACHE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
~ ~ ~
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..

* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^


SMECC LAPIS KEJU .. again...

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM..

Kita short2 talk arini ya.. No modal nak long2 talk.. Tuan rumah kecapekan.. ^___^


SMECC LAPIS KEJU
< kali ni K.Nor buat 2 layer bg cheese dan picitan blueberry filling tu>

Tq Dayang, Tq Rahel .. & Tq Bella (u know who u r :)
Kek versi tak leh bedah siasat sbb hak milik org lain ^___^
kalau nak tengok kaedah layer dan picitan blueberry filling tu, boleh klik link kat bawah ni, lebih kurang jer cara yg K.Nor buat utk yg ni..

Utk dapatkan resipi sila ke SINI...


MASAK LEMAK JANTUNG PISANG

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Baru perasan dah 3 entri berturut duk tayang kek jer kan.. Selalunya K.Nor lebih suka tayang menu yg berbeza. Kalau hari ni menu lauk pauk, esok menu dessert, pastu selang dgn snack atau roti.. gitu la.. memang lebih suka main selang2 menu gitu, nampak lah ada kepelbagaian sket. Tapi nak buat camana, dah post kan.. sesekaliiiiiiii jer kut.. :)

Kita balik ke menu hari ni.. Menu kampung yg dimasak semalam ni mmg mabeles sungguh. Kiranya complete set ler, siap dgn pelakon2 tambahan yg membangkit selera. Dah lama benor tak makan sambal belacan tp bila pekena menu gini, ku lupakan jururawat yg bakal dtg melawat. Garu hidung pun garu la, tak kisah dah.. Sedap punya pasal.. 



Dua hari lepas dapat lg 3 biji jantung pisang, pemberian jiran baik hati. Sehari sebelum tu dia datang dgn isterinya K.Nor sempat tanya, ada lg tak jantung pisang? Pa Ngah tu mmg ada kebun pisang, dia dan isterinya tak makan jantung pisang.. angin katanya. Dia ckp, ada.. nanti bawak lagi.. Kombang hati den dengar hehee... Keesokkannya dtg ler Pak Ngah ni bawak 3 bj jantung pisang yg baru potong kat pokok. Alhamdulillah.. rezeki kan.. Terus K.Nor sms org Kuantan, sbb aritu dia pesan suruh 'lontar' jantung pisang kalau dpt lagi.. Kita tanya dia, nak sebiji ke dua, dia jawab 3! Mau ketiga2 sekali tu, tamak betul makcik ni! .... haaa.. nanti ku lontarkan.. hehe.. Ni la untungnya duk kampung kan.. dpt pulak jiran baik hati.. Alhamdulillah.. Org berbudi kita berbahasa kan.. :)

Dalam kepala dan plan nak buat masak lemak dgn jantung pisang ni,  kebetulan pulak Sheila letak link entri MASAK LEMAK JANTUNG PISANG, dari blog HanaMemories. Terus K.Nor ke dapur Hana dan kopipes resipi tu. Males dah nak reka2 resipi lain.. copycat yg dia dah.. senang kerja. Alhamdulillah.. mmg sedap jantung pisang dimasak lemak gini, kena pulak dgn adanya gandingan yg mantop.. Tak toleh kiri kanan dah masa ngap.. Mekasih Sheila dan mek Hana resipinya ya.. dpt tak jantung pisang akak lontar semalam, ke tersesat tang kelain lak hehe

Tak seberapa nampak pelakon2 tambahan tu..
Ada ikan selayang goreng, ikan kering/masin goreng, sambal belacan dan tak lupa ulam kacang botol dan ulam raja
Pastu ada Ayam Masak Kicap Pedas utk Along & Naim ^__^
MASAK LEMAK JANTUNG PISANG
resipi : hanamemories.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 :
1 biji jantung pisang
*3 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sejemput ikan bilis kopek
*10-15 biji cili padi - bergantung kepedasan masing2
1 kotak santan KARA
2 kotak air biasa (guna kotak santan )
garam dan perisa@gula secukup rasa

Cara-cara
Rebus jantung pisang dengan sedikit garam hingga lembut. (Cucuk dengan garfu utk pastikan jantung pisang sudah lembut ). Toskan dan perah kemudian hiris-hiris. Ketepikan.
Tumbuk bahan *. Satukan ke dalam periuk bahan tumbuk, santan dan juga air.Kacau supaya santan tidak pecah.
Masukkan jantung pisang, garam dan perisa@gula secukup rasa.
Didihkan. Hidangkan dengan nasi putih hangat dan lauk sampingan.

    UDANG GORENG DAUN SELASIH

    $
    0
    0
    ASSALAMUALAIKUM..


    Jom layan menu seafood yg simple tp insyaallah menyelerakan ni. Bagi yg ada pokok selasih kat rumah tu, sila2 buat ya.. ( especially u Phong Hong hehe)


    UDANG GORENG DAUN SELASIH
    resipi : K.Nor@SecubitGaram

    Bahan2:
    250 gm udang
    1/2 sudu kecil garam
    1/2 sudu kecil serbuk kunyit

    2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
    1/2 labu bawang besar ~ dipotong dadu
    sedikit capsicum merah dan hijau ~ dipotong
    5 - 7 bj cili padi ~ dihiris serong
    3 sudu besar sos cili thai
    1 sudu kecil sos ikan
    garam dan gula secukup rasa
    segenggam daun selasih
    minyak

    Cara:
    Perap udang dgn garam dan serbuk kunyit.
    Goreng sekejap sehingga udang bertukar warna.
    Angkat dan ketepikan.
    Tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
    Masukkan bawang besar yg dipotong dadu dan biarkan hingga bawang layu.
    Kemudian masukkan capsicum, cili padi, sos cili thai, sos ikan, garam dan gula secukup rasa (garam tak perlu letak banyak sbb dah ada rasa masin dr sos ikan dan masa perapan udang).
    Masukkan udang dan kacau. Biarkan masak utk seketika.
    Padamkan api dan masukkan daun selasih (tak perlu dihiris) dan kacau.
    Angkat dan hidangkan panas2 bersama nasi putih.

    Pokok selasih yg K.Nor tanam.. sangat merimbun ni.. :)



    MOIST YOGURT CHOCOLATE CAKE..

    $
    0
    0
    ASSALAMUALAIKUM...

    Kita layan mata aje arini ya.. Kek yg dah lama dibuat, tak leh nak potong sbb hak milik org lain.. hehehe Deko pun simple jer sbb tangan tukang buat tak cukup lembut nak main deko lawo2 :)


    Sapa2 yg nak resipi sila klik kat SINI.. Mekasih AlongRoz sudi berkongsi resipi. Sori ya, Nor masih kekalkan nama tu sbb Nor masih juga menggunakan yogurt. Kat Ganu ni rasanya tak pernah nampak lg kelibat sour cream :)

    Terima kasih pd penempah :)


    MAKARONI BAKAR

    $
    0
    0
    ASSALAMUALAIKUM.....

    Dah banyak hari duk layan kek cekelat kat bawah ni kan.. Maaf la ya, tuan rumah tak berapa sihat kebelakangan ni. Badan main duk seriau jer kata org Tganu.. Ikut bahasa buku, seram sejuk gitu hehe..  Bila gi klinik masa bawak Luqman smlm, K.Nor mintak sekali ubat utk K.Nor. So dpt ler ubat demam dan antibiotik. Bila dah pekena antibiotik hari ni baru lah segar sket, dah tak rasa mana dah seriau tu.. Alhamdulillah.. So boleh la ngadap PC jap utk masukkan entri.




    Makaroni Bakar ni dah laaaaaaaaaama K.Nor buat. Kalau tak silap pertengahan Disember tahun lepas (nak mengarang resipi pun ingat tak ingat dah ni.. sib baik dah catat sket2 kat kertas  hehe...)  Masa tu anak tekak rasa teringin sungguh nak makan makaroni bakar. Dah pernah cuba beberapa resipi Makaroni Bakar tp rasanya nak cuba resipi lain pulak. Bila tanya idea dr geng2 sekutu rapat kat fb, Rabiatun (Tun) bgtau yg dia pernah makan makaroni bakar yg menggunakan rempah kari.. Memang ada kelainan bila dlm bahannya tu dimasukkan rempah kari. Ni kiranya Makaroni Bakar versi org Melayu la kan.. hehe Jadi K.Nor pun try la godek2 sendiri resipi Makaroni Bakar berpandukan kepada apa yg Tun bgtau, mengikut citarasa anak tekak K.Nor la kan :)



    Alhamdulillah.. not bad rasa Makaroni Bakar yg dihasilkan ni.. Yer la, versi anak tekak org Melayu, mesti nak ada rasa pedas2, rempah2 gitu.. Bila dimakan panas2 tu, mmg sedap..  Mekasih pd Tun yg berkongsi idea tu ya.. :)

    MAKARONI BAKAR 
    resipi : K.Nor@SecubitGaram

    Bahan2:
    300gm makaroni ~ k.nor guna jenis spiral
    3 biji telur A ~ dikocok sedikit

    slice cheese secukupnya
    daun saderi
    sos cili
    mayonis
    sedikit mentega


    Bahan inti:
    300gm daging cincang ~ k.nor guna brand Ramly
    3 ulas bawang putih ~ dicincang
    1 labu bawang besar (holland) ~ dipotong dadu
    2 biji ubi kentang (saiz besar) ~ dipotong dadu 
    1/2 biji capsicum hijau/merah ~ dipotong dadu
    1 sudu besar cili mesin
    3 sudu besar rempah kari ayam/daging
    1 sudu besar serbuk lada hitam
    garam dan gula
    minyak masak

    Cara:
    Rebus makaroni sehingga lembut kemudian ditoskan.
    Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih dan bawang besar.
    Goreng hingga wangi dan masukkan cili mesin.
    Goreng sehingga pecah minyak dan masukkan rempah kari. Kacau.
    Kemudian masukkan daging cincang dan ubi kentang.
    Daging akan mengeluarkan air dan ini akan membolehkan ubi kentang masak. (sekiranya ubi masih belum empuk, bolehlah ditambahkan sedikit air)
    Masukkkan pula capsicum, serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula.
    Masak sehingga inti kering sedikit. Ketepikan.
     ~ ~ ~
    Panaskan oven dgn suhu 180C.
    Sapu mangkuk tahan panas/loyang dgn sedikit mentega.
    Masukkan separuh dari makaroni yg dah dimasak td dan ratakan.
    Lapiskankan slice cheese menutupi makaroni.
    Kemudian masukkan inti dan ratakan.
    Masukkan baki makaroni dan ratakan sekali lagi.
    Tuang telur yg telah dikocok tadi meratai bahagian makaroni.
    Picitkan sos cili ke atas makaroni tadi dan bakar selama 35 - 40 min.
    Keluarkan dr oven, picitkan mayonis dan taburkan hirisan daun saderi.
    Sedap dimakan panas2.
    Selamat mencuba ...

    GULAI LEMAK JANTUNG PISANG & KERANG

    $
    0
    0
    ASSALAMUALAIKUM...

    Sesi menghabiskan jantung pisang pemberian jiran tempohari. Masakan ni dah dibuat minggu lepas tp hari ni baru berkesempatan dimasukkan ke blog atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.. fuh.. skima ayat.. :)


    Mekasih pd AlongRoz yg berkongsi resipi Gulai Lemak Jantung Pisang & Kerang. Mulanya plan nak buat masak lemak cili api dgn jantung pisang ke3 aritu tu.. Tapi teringat yg Along ada post resipi ni dua hari sebelumnya. Bila tengok resipi, semua bahan2 ada (kecuali santan ler), jadi K.Nor terasa nak menerai resipi Along ni. Alhamdulillah.. memang sedap masakan kampung gini. Pekena dgn ikan kering, ulam dan tak ketinggalan sambal belacan.. perghhhh.. syok abis... :)


    Along, izinkan Nor kopipes resipi tu kat sini lak ya.. Tq :)


    GULAI LEMAK JANTUNG PISANG & KERANG
    sumber : K.Nor@SecubitGaram

    Bahan2:
    1 biji Jantung Pisang - di rebus separuh masak & di hiris
    3 bj Bwg Merah*
    Cili Padi* (*ditumbuk)
    1 st Serbuk Kunyit
    1/2 cwn Kerang
    1/2 periuk Santan
    1 btg Serai - ketuk
    1 helai Daun Kunyit
    1 keping Asam Keping
    Garam

    Cara2:
    1. Masukkan kesemua bahan ke dlm periuk & kacau sehingga mendidih & jantung masak sepenuh nya.
    2. Hidangkan dgn nasi putih dan lauk sampingan yg lain.


    DAGING MASAK MERAH ala gerai

    $
    0
    0
    ASSALAMULAIKUM...

    Resipi dr perkongsian Mas Duniaku kat wall fbnya minggu lepas kut.. Terlintas nak menerai resipi Mas ni, masa duk fikir2 nak masak apa dgn daging yg duk bertapa dlm esbok. Alhamdulillah.. sedap tp mcm kebiasaan ler.. ada sket sesi menderhaka kat resipi asal. Jgn marah ya Mas.. Saja gatal tangan nak tambah itu ini.. :)


    Mekasih Mas, sudi berkongsi resipi ni. K.Nor ambil kat fb Mas ni, so K.Nor tak letak link la ya.. Nanti kalau Mas dah update kat blog, insyaallah K.Nor letak balik.. :)


    DAGING MASAK MERAH ala gerai
    resipi : Mas@Duniaku

    Bahan2:
    daging lembut - hiris nipis2
    (kalo nk merah, rebus dgn pewarna merah, bukan sirap ros ya)
    1 sudu besar cili mesin ~ yg ni k.nor tambah
    Bahan Hiris:
    bwg besar - belah 4
    bwg putih - cincang @ ketuk
    halia - hiris
    cili api / cili merah

    Bahan Sos:
    3 sudu besar sos cili
    1 sudu besar sos tomato
    1 sudu besar sos tiram
    sedikit kiub ikan bilis ~ k.nor gantikan dgn 1 sudu besar sos ikan
    sedikit air ~ k.nor guna air rebusan daging

    Cara:
    Panaskan minyak, masukkan bahan2 hiris sampai naik bau, (masukkan cili mesin, goreng hingga pecah minyak) dan masukkan daging, kacau sebentar dan masukkan semua sos.
    Kemudian masukkan sedikit air, biarkan sebentar dan letakkan sedikit kiub ikan bilis, biar mendidih jap dan nampak pekat.. bolehlah diangkat.

    *perasakan dgn garam dan gula mengikut citarasa masing2..


    KEK COKLAT KEJU KUKUS

    $
    0
    0
    ASSALAMUALAIKUM...


    Bila tengok Dayang post kek ni kat fb, punya la tergoda. Nak buat tp sapa yg nak perabiskan. Yg ada kat rumah cuma 3 beranak. Nak tak nak kena tunggu anak2 balik (esp. si anak dara, kalau dia balik pasti dia suka kek gini dan dia akan bawak balik ke asrama, so si emak tak la pulun banyak2 sgt... dah bambam sgt dah ni.. tak leh nak ngap kek bercheese ni banyak2.. kena berhemah sket nak makan tu hehehe) tambah lagi masa Dayang post tu, tak ada stok cream cheese dlm esbok. Baru jer digunakan utk buat kek lain. 



    Bila dah beli cheese, K.Nor study ler resipi. ermmmm.... guna 500gm rupanya.. haishhh beli cheese seketul jer (250gm) .. Duk pikir lg, banyaknyer lemak2 tepu yg bakal ku ternak nanti. Yg sedia ada ni dah la liat nak cair (sejak duk kampung ni, dah tak briskwalking lagi dah.. sedih betul :(  So K.Nor plan nak ejjas@derhaka sket kat resipi. Nak buat dgn seketul jer cheese tu, so buat 1 layer jer dah la part cheese tu.. Tak per la, tak sama dgn resipi asal pun. Lagipun, 250gm cheese tu dah ok rasanya.

    Akhirnya, terhasil lah KEK COKLAT KEJU KUKUS, versi derhaka sket ya Dayang. Jgn marah ya.. Kek ni tetap sedap meskipun buat 1 lapis jer part cheese tu. Kalau buat 2 lapis, lagi lerrrrrrrr teramat sedap. So terpulang pd citarasa masing2 ya, nak buat versi asal maupun versi edit mcm yg K.Nor buat ni ... Mekasih Dayang, izinkan K.Nor berkongsi resipi satu dari versi kek lapis Sarawak ni kat blog K.Nor utk perkongsian bersama yg lain2 ya.. ^__^



    KEK COKLAT KEJU KUKUS
    resepi : DayangJack
    sumber : K.Nor@SecubitGaram


    Bahan-bahan : loyang 8x8x3

    Lapisan Coklat :

    170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
    170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ menggunakan mentega jenama Farmcows
    3 biji telur gred B
    220g gula kastor
    45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
    1 sudu kecil esen vanilla

    Lapisan Keju : ~ k.nor buat 1/2 dr adunan ni
    600g krim keju (pada suhu bilik)
    2 biji telur
    120g gula kastor
    1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
    4 sudu makan tepung gandum

    Cara membuat :
    Lapisan Coklat :
    Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan.
    Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi.
    Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
    Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.
    Lapisan Keju :
    Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
    Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
    Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
    Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.
    Cara mengukus :

    Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
    Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
    Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit.
    Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
    Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 

    ** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.

    Viewing all 229 articles
    Browse latest View live