Quantcast
Channel: Secubit Garam
Viewing all 229 articles
Browse latest View live

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Aci tak wordless Wednesday arini... hehe Tuan rumah kebizian arini ^__^  ehhh.. tak jadi WW ler.. heeee....



PUDING ROTI MARBLE COKLAT
resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys ~ k.nor guna 1/2 sk choc emulco

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat.



KEK SPONGE COKLAT DAN MYCC.. again...

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Asyik tayang kek jer lately kan.. hehe.. Saja la nak mengisi slot kosong.. kang tak ada org nak masuk iklan pulak.. huhu.. iklan la sangat... :)


KEK SPONGE COKLAT ni K.Nor buat minggu lepas, dengan deco budak skolah yg baru nak belajar menjolok buah cempedak. Tak tau la tangan ni dibedung atau tidak masa baby dulu. Nak tanya emak, emak pun dah tak ada.. Ayah pun dah tak ada gak.. dah jd yatim piatu dah... :(

Teringin gak nak g belajar mendeko cuma tak sampai seru lagi. Paling teringin nak belajar dgn Zack tp Zack duk jauh nun di Tawau.. Kalau dekat2 dah pergi dah... K.Nor sgt2 suka dgn hasil tangan Zack yg cantik mulus kalau bab deco kek. Like juta2.. 


Yg ni pula MOIST YOGURT CHOCOLATE CAKE. Sekali lg ditempah oleh penempah yg sama. Mekasih pd yg sudi menempah semoga memuaskan selera anak tekak bila memakannya ya...  Baru2 ni gi Giant yg baru dibuka kat Gong Badak nun, terjumpa la sour cream yg selama ni duk cari2 nak buat kek ni dlm versi asal. Takper la.. lain kali dah tau kat mana nak cari. Maybe Giant kat Padang Hiliran pun ada, cuma tak perasan kut ^__^


Ops... nak tayang gak.. Satu lg yg ditempah baru2 ni, COTTAGE PIE. K.Nor cuma sempat snap yg sebelum proses kebakaran (tu pun dgn henpon jer). Yg lepas kebakaran terlupa terus nak snap. Sbb lepas masak jer, keluar dr oven, terus gi hantar ke org yg menempah. Dpt ler makan panas2 kan :)

* utk dptkan resipi, sila klik link pd nama kek/pie yg berkenaan.. tq


PAIS AYAM TEMASEK

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Sesekali blurr tak tau nak masak apa kan... ehh... bukan sesekali, banyak kali ler..  Bila ketandusan idea nak masak (nak masak bukan hanya nak cari resipi, kena tengok jugak, bahan2 yg nak digunakan ada ke tidak kat dapur.. bila tak ada  mula la nak buat itu tak jadi, nak buat ini kensel... kannnnnnn) akhirnya menu yg pernah dicuba jugak yg diselongkar. Akhirnya PAIS AYAM TEMASEK menjadi pilihan. 


Kalau pertama kali buat dulu, K.Nor ikut resipi, potong ayam tu kecik2 (kes ikut stail puan Ayu), kali ni K.Nor guna bahagian bawah ayam saja.  Rasa tetap sedap cuma sbb K.Nor buat kurang garing, jd nampak kurang cun sket.. Tp kesedapannya tetap maintain... 


Mekasih Ayu, Nor paste kat sini sekali lg resipi tu ya... :)

PAIS AYAM TEMASEK
sumber: Puan Aini Salim
sumber: Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor

Bahan:-
1 ekor ayam dibelah dua-dibersihkan
1 helai daun kunyit dihiris
2 helai daun limau purut disiat
2 cawan santan(1 biji kelapa)-(Ayu gunakn 1 kotak santan 200ml aje)
2 sudu makan gula melaka-(Ayu gunakan 1 sudu makan aje)
1 sudu makan asam jawa + 1/2 cawan air campurkan
garam & perasa secukupnya
daun pisang secukupnya

Bahan kisar:-
15 tangkai lada kering-(Ayu gunkana 4 sudu besar cili kisar)
12 ulas bawang merah-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji bawang putih)
8 biji buah keras
1 cm lengkuas
1 batang serai dihiris-(Ayu gunakan 2 batang serai)
beberapa cili padi -(Ayu tambah)
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih 

Cara:-
Panaskan 1/2 cawan minyak lalu tumiskan bahan giling, serbuk ketumbar dan jintan halus, biarkan garing. Masukkan santan, air asam, garam, gula., daun limau serta ayam.
Masak balik-balikkan hingga hampir kering.
Bubuh ayam di atas daun pisang, taburkan daun kunyit dan bungkus serta semat dengan lidi, bakar dibara api atau dalam oven, lebih kurang 15-20 minit.

FRUIT TART

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM....

Salah satu resipi yg dah berzaman duk peram nak buat tp tak terbuat2.. ni la dia.. FRUIT TARTS.. Bukan aje Fruit Tart tp cheese tart pun sama. Tak punya kerajinan sungguh nak bermain dgn tart shell tu. Padahal, mould yg dlm saiz besar dan kecik mmg dah lama ada dlm simpanan. Akhirnya terpecah gak dara mould kecik bila ada yg menempah Fruit Tart minggu lepas.

 versi utk makan2 sendiri ^__^


Kalau sebut cistart/fruit tart mesti sinonim dgn tokeynya kan.. sapa lagi kalau bukan Azita Zain. Jd sebelum buat tu, K.Nor amik kesempatan belajar dulu dgn Ita, cara2 nak buat kat fb nun. Dalam masa yg sama ada gak bertanya dgn geng2 sekutu rapat kat wassap. Alhamdulillah.. berkat tunjuk ajar dia org ni, berjaya gak K.Nor buat fruit tart. Seronok bila punya teman2 yg tak lokek ilmu, bersedia utk menurunkan ilmu masing2 padahal fruit tart tu merupakan mata pencarian sampingan buat dia org ni. Buat apa nak kedekut ilmu, sedangkan ilmu tu milik Allah yg hanya dipinjamkan pd kita. DIA nak tarik balik ilmu dan keberkatanNya anytime. Makin kita berkongsi, makin ilmu tu tersebar. Bukan aje, ianya bertambah berkat, saham yg dikumpul pun berganda2 di atas sana. Itu la yg K.Nor pegang selama ni.. insyaallah.. Kepada Ita, Pia, Bee, Mimi dan teman2 lain yg sentiasa berkongsi ilmu yg dimiliki dgn hati yg ikhlas, semoga Allah berkati dan melimpahkan rezeki yg halal lg berkat kepada kita semua... aamiin.... Mekasih semua :)

 Yg ni juga utk makan2 sbb guna mould saiz besar, saja nak testing ^__^

Esoknya K.Nor buat 1 adunan lg, sementara mood buat shell masih ada, saja la nak standby utk buat cistart pulak hehe.. Tunggu anak dara balik hujung minggu ni, baru dibuat filling cheesenya tu.. Mekasih Ita, Nor panjangkan resipinya kat sini lak ya... :)

Posing dulu kejap sebelum dihantar kpd yg menempah ^_____^




FRUIT TART
resipi : Azita
sumber : K.Nor

Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


#
k.nor buat dua adunan dan guna 1 bj telur A

Bahan2 Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
2 cawan susu cair (saya guna susu rendah lemak)
2 cawan air
3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
1 camca besar marjerin ~ k.nor guna butter

Cara2 :
Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.
Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.
Masukkan ke dalam piping bag.

Buah2an :
Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi
Potong mengikut citarasa masing2.

Cara Untuk Menghias :
Picitkan adunan kastad ke atas tart crust.
Susun buah2an pilihan.
Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.

Nota :
Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.
Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang.


JAPANESE COTTON ROLL

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Salam pagi Jumaat, mudah2an kita semua dlm perlindungan dan keberkatan Allah hendaknya.. aamiin.... 


Semalam, angin rajin melanda bila duk rumah sorang2 walau kepala duk berdenyut2. K.Nor buat Fruit Tart (sbb anak dara balik cuti hujung minggu), pastu sempat buat 2 jenis kek dr satu adunan kek. Sebenarnya mmg dah plan lama nak buat roll cake utk besday cik abe, tp bila tengok resipi, perlukan loyang yg agak besar. Loyang yg selalu K.Nor guna saiz 10 x 10 jer. Ada sebiji loyang cutter yg saiz 12 x 12 tp duk dlm kotak dlm stor nun. Dah selongkar sebahagian aritu tp tak jumpa jugak.. Males ler nak selongkar habis2an.. Tak pasal2 jd satu kerja mengemas lain lak.. Last2 K.Nor gunakan gak loyang yg saiz 10 x 10 tu.. K.Nor tak tuang semua adunan dlm loyang tu, takut jd tebal sgt, tak leh nak roll atau tak cun kang.. Jadi K.Nor guna love pan yg ada dua biji tu dan bakar dlm tu. Tu yg terhasilnya 2 bj kek dr satu adunan ^__^


Alhamdulillah, sedap roll cake ni.. Lembut jer, kena pulak dgn gandingan fresh cream dan stoberi dlm tu.. Memang syok.. K.Nor amik resipi ni kat dapur Rahel. Resipi asal dr Alex Goh.. Thanks Rahel ya..

 Org Ganu kata 'deko bahang rambang' hehehhee


JAPANESE COTTON ROLL
Resepi:Alex Goh
sumber : Rahel
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan Kek:
A:
80g susu segar
80g mentega

B:
85g plain flour

C:
5 biji kuning telur

D:
5 biji putih telur
110g gula
1/4 sudu teh Cream of tartar ~ k.nor gantikan dgn 1 sudu kecil jus limau kasturi

Cara membuat:
1. Alas acuan 16x10x1-inch dengan baking paper.
2. Panaskan bahan A sehingga cair (jangan mendidih).Tambahkan bahan B dan gaul rata.
Tambahkan bahan C dan gaul hingga bercampur rata.
3. Pukul putih telur dengan kecepatan tinggi sehingga berbuih.Tambahkan cream of tartar,
gula dan putar pada kelajuan sedang sehingga soft peak.
4. Ambil 1/3 meringue,masukkan ke dalam cara no 2 dan kaup balik dengan spatula hingga
rata.Tuangkan adunan kuning telur ini ke dalam baki adunan putih telur tadi.Kaup balik
hingga rata.Tuangkan adunan ke dalam acuan.
5. Bakar pada suhu 170'C di rak tengah selama 20 minit.Setelah masak segera tanggalkan
kek dari acuan dan biarkan sejuk sepenuhnya.
6. Sapukan krim dipermukaan kek diikuti dengan potongan buah strawberry.Gulung kek
dengan kemas.

# sedikit tip utk membuat roll cake (hasil dr yg k.nor study kat beberapa blog)
- selepas keluarkan dr oven, telangkupkan kek atas redai/rack.
- kemudian tanggalkan kertas baking dan biarkan seketika.
- ambil sekeping kertas baking yg lebih besar dr saiz kek dan sapu dgn butter pd permukaannya (supaya kulit kek tak melekat pd kertas masa proses menggulung nanti)
- letakkan/terbalikkan kek atas kertas tersebut (bergantung pd keadaan sekiranya ada corak pd kek, letak bahagian bercorak td pd bahagian bawah)
- gulung kek masa kek masih suam2 dan biarkan sejuk (kaedah ni dibuat supaya nanti kek akan lebih mudah digulung dan tidak patah dan juga kek lebih cantik gulungannya..)
- potong hirisan stroberi yg akan digunakan dan sediakan cream/pukul whipping cream yg akan digunakan.
- buka gulungan kek dan letakkan cream di atasnya dan ratakan (tinggalkan lebih kurang 1" dr bahagian tepi kek)
- tabur/letakkan buah stoberi td dan gulung kek td dgn kemas (lebihan kertas kemudiannya digulung utk mengemaskan gulungan).
- simpan dlm peti ais 3 - 4 jam sebelum dipotong utk menghasilkan roll kek yg cantik dan kemas.
- SELAMAT MENCUBA ^__^



CISTAT Ooooooo CISTAT...

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILAH... akhirnya termakbul gak hajat nak buat cistat... punya la berzaman duk peram hajat, peram resipi tokey cistat ni. Beli acuan pun dan berzamang kirong org Tganu kata.. Sib baik tak hilang jer acuan hehehe.. Sebelum ni K.Nor dah buat FRUIT TART, dek tempahan yg diterima. Agaknya kalau si penempah tu tak menempah FT, entah bila la boleh menerai. Maklum ler.. nak buat tart2 ni, memerlukan kerajinan yg tahap melampau. Punya la banyak step nak buat kan. Memang la tak susah mana (terutamanya bg yg dah expert buat mcm Ita tu hehe) cuma bila nak memulakan tu, mmg mood melayang2 sungguh. Tapi bila dah buat, wahhh manyak syok woo... Sampaikan keesokkan harinya K.Nor buat satu adunan lg, saja standby shellnya tu siap2 tunggu anak dara balik bercuti hujung minggu utk buat cistat.. 


Alhamdulillah, hari Sabtu baru2 ni sempat ler K.Nor buat cistat ni. Anak dara apa lagi, keseronokkan sgt ler dpt makan cistat dan bawak balik ke asrama gak tu. Hari tu masa K.Nor buatkan Fruit Tart utk dia masa balik2 rumah, bukan main lg dia duk ngap. Memang dia pun penggemar tart2 nih.. Si emak pun gemar gak cuma tang nak membuat tu jer.. yg kurang gemar.. Makan sapa tak gemar kan.. hehehe


Gini lah rupa cistat org yg pertama kali belajar buat. Lorekan pun tak berapa nak menjadi dan kemas tu.. Tangan masih tak konsisten melorek.. Mudah2an lepas ni akan lebih baik lg.. Mekasih Ita, atas tunjuk ajar yg diberikan. Mekasih gak pd geng2 sekutu rapat kat Ladypower.. luv u all ^__^


Sapa2 yg nak mencuba, silakan.. Guna resipi tokey cistat dr Johor ni, yg sedikit pun tak kehekut ilmunya. Semoga ilmu dan kebekatan sentiasa bertambah buat dirinya dan juga yg baik2 hati menolong K.Nor tempohari..

TART CRUST/SHELL 
resipi : Azita
sumber : K.Nor

Bahan-bahan :

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


CREAM CHEESE FILLING 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.


Credit gambo buat AZITA (amik dgn izin ni ya...  tq so much dear )

Cara-cara ( rujuk gambar ) :
Tart crust yang sedia untuk dibakar.
Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit. Siap!!!


Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) juga dr Azita :

Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


HATI PALEMBANG

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Merata2 skrg ni nampak ada virus menu DAGING PALEMBANG. Pertama kali nampak Amie yg buat, pastu mula merebak di sana sinun.. Ada juga yg buat versi ayam dan K.Nor pun tak nak ketinggalan buat menu yg sangat menggoda nih.. Tapi K.Nor tak nak buat dengan daging ataupun ayam, K.Nor guna hati lembu. Sudah agak lama tak makan hati lembu, kebetulan duk mencari resipi hati yg sesuai utk dijadikan lauk pengantin masa makan beradap.. 


Masakan ni lebih kurang mcm Masak Kicap Berempah gak, cuma kelainanya ada dimasukkan santan/kerisek (K.Nor letak kerisek) dan K.Nor tambah sedikit susu cair. Apapun mmg sedap.. Mekasih kepada pemilik resipi Maria Hakim, juga ke pada Amie yg panjangkan resipi ni dan tak lupa pada Madiha@Ratna yg mana K.Nor copy resipi ni dr dapur beliau.. Izinkan K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. 


DAGING (HATI) PALEMBANG
sumber : AmieMadiha
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik) ~ MaDiHaA tak gunakan santan tapi masukkan kerisik homemade anggaran 3 sudu besar
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak
(MaDiHaA tambah 1/2 batang carrot & sebiji bawang besar yang dibelah 6)

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.

* K.Nor gantikan santan dgn 1/4 cawan susu cair dan 2 sudu besar kerisik
K.Nor hanya guna 1/2 cawan kicap 


RAINBOW CAKE

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Ramai yg dah biasa dgn RAINBOW CAKE kan.. Kek yg mendapat tempat di hati yg menengoknya disebabkan kejadiannya yg cantik tu, berwarna2 dan berlapis2 spt pelangi. Dari dulu lagi terasa nak mencuba buat kek pelangi nan indah ni tp asyik tak kesampaian. Pastu plan lg nak buat time birthday si anak dara yg ke 17 tak lama lg dlm bulan Jun, insyaallah.. 

Sebelum dipakaikan baju ^___^

Tup2 peluang di depan mata bila Fiza DJ bagitau K.Nor yg dia nak tempah RAINBOW CAKE, saja utk makan2 bersama famili. Dia plan nak amik on the way balik ke Kelantan. Org kata pucuk di cita ulam mendatang kan.. Walaupun tak pernah buat tp K.Nor beranikan diri amik tempahan Fiza utk buat kek ni. Malam tu K.Nor google resipi Rainbow Cake dan juga bertanyakan pd K.Zai (Teratak Impian) yg mmg banyak terima tempahan Rainbow Cake dan juga Rahel. K.Nor bertanya kat dia org ni, resipi mana yg digunakan. Alhamdulillah, K.Zai sentiasa baik hati melayan pertanyaan K.Nor begitu juga Rahel. K.Zai. Mekasih sgt2 ... Hanya Allah juga yg dapat membalas budi baik dia org berdua ni.. 

Sori Fiza ya, deco kek yg sememeh akibat kelam kabut punya pasal ^___^
Rupanya kebanyakkan resipi Rainbow Cake yg digunakan adalah dari Martha Stewart yg mana telah dibuat kat show Martha oleh Kaitlin Flannery @Whisk Kid (kalau nak tengok resipi asal dan juga video cara nak buat kek ni boleh klik kat SINI) Tapi kat sini K.Nor akan letak resipi yg dah dialihbahasakan yg K.Nor ambil kat dapur Madiha@Ratna yg mana kalau tak silap dia amik kat dapur KakZu. Dan K.Nor juga ikut stail Ratna, guna resipi frosting dr blog Ayu Spore. Alhamdulillah.. mmg tak muak frosting ni (diakui oleh Fiza dan familinya hehe)

RAINBOW CAKE
resipi asal : Kaitlin Flannery
sumber : Madiha@Ratna& K.Nor

Bahan2:
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni) (MaDiHaA kurangkan ke 1 1/2 cawan masih terasa agak manis.. mungkin orang lain ok dah kot)
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh (MaDiHaA (dan k.nor juga) alas dengan baking paper bahagian bawah loyang (saiz 8") & sapu keliling loyang dengan butter)

Cara:
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu . (masukkan sedikit demi sedikit)
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
7. Pastu bakar satu per satu guna loyang 8 inci ..jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis, bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai.. (jgn buang lg kertas alas utk mudahkan kerja melayer)
8. Boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee
9. Boleh jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suka )
 *MaDiHaA lapisi & frosting kek dengan cheesecream frosting seperti resepi di bawah, (K.Nor juga)


CREAM CHEESE FROSTING
source : Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredient
250g Philadelphia cheese
125 butter
1 cup icing sugar- (Ayu used 1/4 cup)
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon- (Ayu used 1 lime juice)

Method
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.



NASI MINYAK DAUN PUDINA & THE GANG

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

WW WEDNESDAY ^____^


Menu 2 minggu lepas dah ni.. sori ^__^





NASI MINYAK DAUN PUDINA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
4 cawan beras basmathi ~ direndam 1/2 jam dan toskan
5 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 bj limau nipis
segenggam daun pudina
1 sudu besar garam kasar
pewarna hijau dan oren
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak

Bahan penumis:
1/2 labu bawang besar ~ dihiris nipis
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang

Cara: 
Masukkan perahan limau nipis ke dalam susu dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dlm periuk rice cooker (masak atas dapur)
Tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan air.
Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan susu tadi, garam dan beras.
Biarkan hingga kering airnya.
Buatkan lubang2 menggunakan belakang batang sudu.
Titiskan pewarna oren dan hijau dlm lubang berasingan.
Taburkan daun pudina dan tutup kembali tudung periuk.
Biarkan sehingga nasi masak
Tutup suis periuk dan biarkan 5 - 10 minit kemudian barulah digemburkan nasi.



GULAI AYAM NASI MINYAK (TRG STAIL)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 in halia
1 - 2  sudu besar cili mesin
3 sudu besar rempah gulai nasi minyak
1/2 cawan bawang goreng ~ diramas sedikit
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kerisik
1/4 cawan susu cair
3 - 4 cawan air
2 - 3 biji ubi kentang ~ dipotong
2 helai daun pandan
sedikit gula nisan (boleh gantikan dgn gula melaka)
garam
1 sudu besar minyak sapi
minyak masak

Bahan penumis:
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang

Cara:
Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Tumis bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
Biarkan seketika, masukkan cili mesin. Kacau.
Kemudian masukkan rempah gulai dan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan bawang goreng, sos tomato, kerisik dan ayam.
Kacau hingga sebati.
Masukkan ubi kentang, air dan daun pandan.
Biarkan hingga mendidih dan masukkan susu cair, garam dan gula nisan.
Biarkan merenih sehingga ayam dan ubi kentang masak dan sehingga kepekatan kuah yg dikehendaki.
( * gulai nasi minyak trg biasanya sedikit cair)
Sedia utk dihidangkan bersama Nasi Minyak Pudina.



ACAR TIMUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 biji timun ~ dipotong panjang
1/2 batang carrot ~ hiris panjang dan halus
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1/2 in halia ~ dihiris panjang dan halus
2 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ secukup rasa
1/4 sudu kecil garam

Cara:
Gaulkan kesemua bahan dlm satu bekas hingga rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.





TERESEK JANTUNG PISANG ~MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Menu ni dah laaaaaaaaaaaaaaaaama duk dlm folder. Masa jiran K.Nor bagi jantung pisang dulu, K.Nor cuba satu resipi yg tak pernah dengar apatah lagi masuk anak tekak. Memang tak pernah makan ler sebelum ni. Masa duk tanya2 resipi apa yg boleh dibuat dgn jantung pisang, ada beberapa teman fb yg cadangkan utk buat TERESEK JANTUNG PISANG. Hasil guguel, K.Nor jumpa beberapa resipi teresek ni tp K.Nor pilih resipi kat dapur CIK MANGGIS. 


Alhamdulillah.. mmg sangat sedap! Tak sia2 mencuba. Terasa makan rendang ayam pun ada. Langsung tak terasa jantung pisang dalam tu. Memang best! Mekasih pd K.Nah yg sudi berkongsi resipi Teresek Jantung Pisang. Masakan teresek ni asalnya dari Kelantan dan K.Nah mmg originally org Kelantan.. hehe.. 

Opss.. satu lg penyebab K.Nor cuba resipi teresek adalah utk join MALAYSIAN FOOD FESTIVAL, yg bermula hari ni sehinngga akhir April. Negeri yg terlibat adalah negeri Kelantan. Kali ni Gertrude Wan @ My Kitchen Snippets yg menjadi host.  Nak tau lebih lanjut berkenaan event ni boleh keSINI. Jom la sapa2 yg teringin nak join event ni, tak perlukan bayarana apa2 pun hehe.. Hanya masak masakan/dessert negeri Kelantan, tak kira la resipi turun temurun ke, resipi yg diambil dr blog lain ke. Asalkan menu Kelantan. Post entri di blog masing2, pastu ikut step yg dibagitau kat entri tadi. Selain dari tu, klik join kat pageKelantan Food Festival di fb juga ya.. Kalau ada apa2 yg tak faham boleh bertanya pd Gert atau K.Nor kat fb (kat inbox ya.. )


TERESEK JANTUNG PISANG
sumber : Cik Manggis
Bahan-bahannya:
1 biji jantung pisang-ambil yang lembut dan potong nipis
5 ulas bawang merah.
1 tbsp serbuk kari daging
2 ulas bawang putih
1 inci halia.
5 tangkai cili kering
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup.
1 tbsp biji ketumbar-goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
1 tbsp budu
1 keping asam gelugur.
6-7 batang kaki ayam-potong kecil
3 ketul pedal ayam -potong kecil
2 ketul hati ayam -potong kecil
Sedikit isi ayam -potong kecil.
1 cawan santan pekat.
2 tbsp kerisik
garam secukup rasa.
Gula melaka secukupnya.

Cara-caranya:
Cili kering,bawang merah.bawang putih.halia.lengkuas dan kunyit di kisar halus.
Masukkan semua bahan-bahan kedalama periuk.
Masak hingga kuahnya pekat.rasakan garam dan gulanya agar seimbang.
sedap dimakan bersama nasi putih .ikan masin atau sambal belacan:)


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "




RENDANG IKAN TONGKOL

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni kita berpot pet la serba sedikit ya, tak yah nak WW hehe.. Bukan apa, sbb nak perkenalkan masakan yg K.Nor cuba ni. Kang kalau letak gambo jer, org tak faham pulak. Nak berWW ni kena tengok keadaan gak kan, tak leh hentam keromo jer buat entri WW. K.Nor mmg jarang2 buat entri WW, kecuali la mood tarak, idea nak mengomel tarak. Dan kadang kala gambar dan resipi yg nak dipostkan tu mmg dah boleh berkata2 dgn sendiri nya ^____^


Ok, kita balik pd entri kali ni, RENDANG IKAN TONGKOL. Resipi dr buku 50 HIDANGAN PENAMBAT SELERA, buku masakan terbaru dr K.Hanieliza. Boleh dikatakan dlm buku ni, masakan2nya simple jer. Tak rumit dan tak cerewet bab bahan yg digunakan. Bagi adik2 yg baru belajar ke dapur, terutamanya yg baru pegang jawatan DO(bukan District Officer ya tp Dapur Officer) , maksud K.Nor baru jd isteri org laaaa, dlm kata lain baru melangsungkan perkahwinan... heheee... Memang elok sgt kalau nak belajar masak2 utk suami tercinta. Kalau yg dah lama kawin pun no problemo, tambah lagi yg bekerjaya, disyorkan gak beli buku ni dan mencuba masakan2 yg terdapat dlmnya. Anak2 yg membesar dgn air tangan kita sbg ibu, adalah lebih baik, insyaallah akan menjadi anak2 yg terbaik..

K.Liza punya cerah tp K.Nor punya gelap jer.. :)

Selain sedap dimakan dgn nasi putih, Rendang Ikan Tongkol ni pun sedap dimakan bersama ketupat palas. Kebetulan ada lebihan ketupat palas dlm esbok, so mlm tu kita org dinner dgn ketupat dan rendang ikan ni ler.. ehhh ayat di atas menggambarkan masakan ni dah lama K.Nor buat dan gambarnya dah lama bertapa dlm folder.. biasalah skrg ni, bab peram gambar dlm folder hehe

RENDANG IKAN TONGKOL
resipi : K.Hanieliza (buku 50 Hidangan Penambat Selera)
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
1 ekor ikan tongkol ~ dipotong
3 cawan santan ~ dr sebiji kelapa
2 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
3 helai daun limau purut ~ dikoyak
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa
sedikit gula ~ k.nor tambah

Bahan B ~ dikisar
15 tangkai cili kering
5 bj cili api
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis

Cara:
Potong ikan dan bersihkan.
Panaskan minyak dan tumis bahan B. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan ikan tongkol, santan, kerisik, daun limau purut, garam dan asam gelugur.
Masak hingga pecah minyak dan pekat.
Masukkan daun kunyit, Kacau rata dan angkat.
Sedia dihidangkan.

Jika ada sapa2 yg berminat, ni buku masakan yg K.Nor gunakan..
Gambar dr Portal PTS ...



POT AU CHOCOLAT

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Kaedah nak menggunakan kuning telur lebihan masa buat RAINBOW CAKE utk Fiza tempohari. Dah lama K.Nor save resipi ni tp tak terbuat. Bila tengok perlu guna 6 kuning telur, hasrat nak membuat terbantut jer. Duk tunggu2 bila nak buat something yg hanya menggunakan putih telur. Kalau saja2 nak pecahkan telur nak guna kuningnya saja, rasa cam membazir lak sbb tak tau lak nak guna putih telur tu utk apa. Jgn suruh la K.Nor buat maccaron, sbb K.Nor tak minat dek kemanisannya tu. Pavlova pun sampai hari ni tak dtg seru nak buat sbb mmg dah tau benda tu manis. Kalau bab manis2 ni mmg K.Nor tak leh gi :)


Alhamdulillah.. tak sia2 percubaan membuat POT AU CHOCOLAT ni. Memang sedap!! Lemak2 berkrim, penuh dgn rasa cokolat nyer tu.. Pada sapa2 yg ada lebihan kuning telur meh la menerai resipi dr blog Suziethefoodie ni.. K.Nor dah translate resipinya. Kalau nak yg versi asal atau kaedah step by step boleh klik kat SINI.


POT AU CHOCOLAT
sumber : suziethefoodie
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 1/2 cawan non dairy whipping cream
1/2 cawan susu segar/full cream
90gm coklat masakan ~ dipotong kecil
6 bj kuning telur
3 sudu besar gula perang
sedikit serbuk lada ~ optional

Cara:
Pananskan oven dgn suhu 150C
Panaskan whipping cream dan susu dlm periuk dgn api sederhana.
Bila ia hampir mendidih, padamkan api dan masukkan potongan coklat masakan.
Kacau sehingga semua coklat larut.
Dalam mangkuk berasingan, kacau kuning telur, gula perang dan serbuk lada hingga sebati.
Masukkan sedikit demi sedikit adunan coklat tadi ke dalam adunan telur dan hendaklah sentiasa dikacau (jgn masuk banyak2 sekaligus nanti adunan telur akan menjadi berketul2 spt scramble egg/telur hancur)
Masukkan adunan ke dalam mangkuk ramekin/souffle dan tutup dgn aluminium foil. Cucuk bahagian atasnya dgn garfu utk membuat lubang udara.
Letakkan dlm dulang yg berisi air panas mendidih (kaedah bain marie/waterbath) lebih kurang 1/2 ketinggian mangkuk ramekin yg digunakan.
Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 35 min atau sehingga masak.
Keluarkan dr oven dan biarkan sejuk seketika (lebih kurang 1/2 jam)
Sejukkan dlm peti ais lebih kurang 3 jam dan boleh lah dihidangkan.
* masa simpan dlm peti ais, jgn lupa utk tutupkan balik ramekin dgn aluminium foil supaya bahagian atas puding tidak berkeping.


KUZI HATI ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM....

Salam Jumaat buat semua, semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat di hari mulia ni. Perbanyakkan selawat pd Nabi Muhammad s.a.w pada hari Jumaat ya.. mudah2an kita mendapat syafaatnya pada hari perhitungan nanti.. amiin...


Kebetulan dlm freezer ada sedikit hati lembu, lebihan buat HATI PALEMBANG tempohari, jadi K.Nor terfikir nak perhabiskan la.. Duk pikir2 nak masak apa dgn hati yg tak sampai 400gm ni, teringat kat lauk Kuzi Daging yg ada dlm buku 50 HIDANGAN PENAMBAT SELERA, buku masakan K.HANIELIZA. Kalau K.Liza masak guna daging, K.Nor nak derhakakan sket dgn menggunakan hati. Tak salah pun kan, kita yg masak dia..  K.Nor dah banyak gugel resipi kuzi tp K.Nor lebih tertarik nak guna resipi K.Liza ni, sbb ianya lebih mudah dan bahan2 yg digunakan agak simple dan insyaallah ada kat dapur. Sesetengah resipi kuzi lain memerlukan lebih banyak bahan utk digunakan dlm masakan kuzi. K.Nor lebih suka try resipi yg simple dan dlm blog ni pun kebanyakkannya resipi simple2 jer.. Kebanyakkan email yg K.Nor terima suka SG sbb memaparkan resipi yg mudah dan simple bahan2nya. Kalau yg cerewet ni org lain terutamanya yg baru nak belajar masak pun rasa kurang rajin dan tak berminat nak buat melainkan yg betul2 punya kerajinan lebih dan masa terluang yg lebih.. tak gitu hehe


Alhamdulillah... mmg best sungguh KUZI HATI ni.. gravy dia tu, enak sih.... 2 thumbs up tau! menjilat jari jemari.. jari kanan jer la, jari kiri nak jilat watper.. kan.. hehehhehe.. Meh la menerai resipi kuzi K.Liza ni.. insyaallah sedap tau.. Mekasih K.Liza, Nor nak kongsikan resipi kat sini ya..

Dan, bila sebut kuzi, masakan ni dtgnya dr Kelantan kan. Jadi K.Nor amik peluang utk masukkan sekali entri/masakan ni ke MALAYSIAN FOOD FEST ~ Kelantan Month yg dihoskan oleh Gert. Gert, u should try this, makan dgn nasi minyak pun best tau ^___^

KUZI (HATI) DAGING
resipi : K.Hanieliza @ 50 Hidangan Penambat Selera
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
500 gm daging ~ k.nor guna hati lembu
3 sudu makan rempah kuzi
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
5 bj cili merah ~ dibelah 2
2 biji tomato ~ dibelah 4
1 labu bawang besar ~ dibelah 4
1/2 cawan kismis
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B ~ dikisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 in halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara:
Daging/hati dipotong kecil.
Gaulkan daging dgn rempah kuzi dan sos tomato.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B dan daging yg digaul tadi hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan susu cair, kismis, tomato, bawang besar dan cili merah.
Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak lagi dan pekat.
Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih ataupun roti.

* k.nor kurangkan bilangan cili merah (dlm bahan B) dan masukkan 1 sudu besar cili mesin.
* k.nor juga tumis dulu sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)


Bagi yg tak ada rempah kuzi boleh cuba resipi rempah yg dibawah ni...


RESIPI REMPAH KUZIby Zaliana MyResipi

Bahan2:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
1 kuntum caber
2 kuntum bunga lawang

Cara:
Basuh bersih kesemua bahan didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.

(k.nor rasa kalau tak ada caber rasanya boleh skip aje)

REMPAH KUZIby Chef Hafiza
sumber : Yatie Memories

Bahan2:
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 btng kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih


(k.nor rasa kesemua rempah dihendaklah disangai dan dikisar utk menghasilkan rempah kuzi.. spt yg dibuat oleh Zaliana)




"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "



KEK CARROT BLACKOUT ^___^

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM..

Tu nama kek yg diberikan oleh adik K.Nor bila K.Nor serve kek ni baru2 ni. hehe.. kalau geng2 fb pasti ada yg tau kenapa diberi nama KEK CARROT BLACKOUT kan.. Masa kek ni dlm oven tiba2 blackout, hampir sejam lak tu.. Masa tu kek dah dibakar selama 35 min. K.Nor biarkan kek dlm oven sbb masa tu oven masih panas lg kan, pastu K.Nor panaskan air dlm periuk pengukus dan kukus kek carrot ni hingga masak. ermm.. boleh gak diberi nama Kek Carrot Bakar & Kukus ni kut.. hehehe

Deco bodo2 jer.. hehe

Alhamdulillah.. kek tetap masak dan sedap cuma mendap la sket sbb terencat masa blackout sebelum sempat dikukus tu. Rasanya kek lebih moist bila dikukus dan masih ada wangi kek yg dibakar .. 2 in 1 gitu :)

Resipi asal kek ni K.Nor amik kat dapur Cida De'nuanza. Mulanya K.Nor nak letak resipi dr dapur Cida tu tp sbb banyak yg K.Nor olah (biasalah kan kalau bab derhaka ni :) jd K.Nor letak yg K.Nor olah jer la, utk lebih mudah K.Nor nak rujuk di masa akan datang. (sebenarnya resipi ni yg K.Nor guna utk tempahan kek carrot, mekasih Cida dan empuanya asal resipi, Zati.. mohon dihalalkan ya..) Harap Cida dan Zati tak marah sbb K.Nor dah olah bahan2 dan cara2 membuatnya utk keselesaan K.Nor. Nama resipi juga terpaksa K.Nor ubah sket sbb K.Nor tak letak walnut, sebaliknya K.Nor gantikan dgn kismis. Tapi K.Nor tak lupa utk letak link resipi asal dr dapur Cida.. Mekasih sekali lg ya... Bagi yg nak tengok resipi asal boleh klik kat link Cida di atas dan di bawah ni ya.. 

Warna kek yg gelap disebabkan penggunaan gula perang.. sedap :)

KEK CARROT
dari resipi asal :KEK CARROT WALNUT CHEESE, buku Panduan Asas Menghias Kek kak Zati
sumber : Cida De'nuanza
olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
250gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
4 biji telur A
350 ml minyak jagung
70 gm gula castor
100 gm gula perang
150gm parutan lobak merah
walnut secukupnya ~ k.nor gantikan dgn 1/2 cawan dried cranberry

Cara:
Panaskan oven dgn suhu  180C.
Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, garam dan serbuk kayu manis. Ambil 3 sudu dr tepung ni dan gaulkan dgn parutan lobak merah dan dried cranberry. Ketepikan.
Pukul telur dgn wisker sebentar dan masukkan minyak, gula castor dan gula perang.
Pukul lagi hingga sebati, kemudian masukkan bahan2 yg diayak sedikit demi sedikit.
Kacau dgn cara kaup balik hingga hampir sebati dan masukkan parutan lobak merah dan kismis tadi.
Kacau lagi hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang 9" x 9" yg dah digris terlebih dahulu.
Bakar lebih kurang 50 min hingga 1 jam.


CREAM CHEESE FROSTING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

250 gm creamcheese
125 gm butter
120 gm gula icing ~ diayak
sedikit perahan lemon ~ atau boleh guna lemon paste/emulco
Pukul creamcheese dan butter hingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan perahan lemon. Pukul lagi.
Masukkan gula icing dan pukul lg hingga betul2 kembang.
Sejukkan seketika dlm peti ais sebelum dihias atas kek.

* frosting ni boleh digunakan utk kek red velvet juga 


KUIH BUTIR NANGKA ~ MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KELANTAN MONTH)

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM....

Masih lg dlm mood MALAYSIAN FOOD FESTIVAL yg mana Gert menjadi tuan rumah utk kali ni. Sebelum event ni berlangsung, K.Nor dah save beberapa resipi yg nak dicuba bagi memeriahkan acara MFF ni setelah dimaklumkan oleh Gert pd K.Nor. Masih belum dapat mencuri masa utk membuatnya maklum la, yg nak makan tu tak ramai, jd mood nak membuat pun lemau sket la. Nak kata bz sgt2 tak jugak, buat2 bz jer yg lebih kut.. hehe


Kalau org Kelantan pasti tau dessert yg pemes di bulan puasa ni kan. KUIH BUTIR NANGKA, salah satu menu yg laris di bulan puasa biasanya. Memang sedap pekena kuih muih yg berkuah gini time berbuka nak2 kalau dibiarkan sejuk dulu dlm peti ais. Hasil bertanyakan pada pakcik gugel, K.Nor ditemukan dgn resipi KUIH BUTIR NANGKA di AZIE KITCHEN. Resiipi yg mudah dan sukatannya pun tak banyak. Kalau utk yg baru nak mencuba buat tu elok sgt la kan.. Kang kalau buat yg dlm sukatan banyak, tak abis makan pulak. 

ku lihat ijauuuuuuuu ^___^

Mekasih Azie, sudi berkongsi resipi Kuih Butir Nangka ni ya.. Kalau diletakkan hirsan nangka pun best gak ni rasanya. Macam Kuih Sagupal versi moden skrg ni dah diletakkan hirisan nangka fresh.. perghhh mmg syok abis... :) 

KUIH BUTIR NANGKA
resipi : Azie Kitchen
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan kuah:
Santan pekat
2 helai daun pandan - disimpul
Gula dan garam – secukup rasa
1/2 sudu kecil Halba

Cara memasak:
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Saya masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah. Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api…

Bahan-bahan biji nangka:
1 cawan tepung beras pulut
Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
Pewarna hijau
Sedikit air kapur
Garam

Cara membuat:
Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.
Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula). Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.



"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "


PIZZA MUFFIN

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama sorang teman di fb (Siti Aisya) inbox K.Nor utk tunjukkan satu resipi kat blog omputih yg mana dia amat tertarik dgn STUFFED PIZZA MUFFIN yg dihasilkan. Bila K.Nor tengok resipinya, blogger tu menggunakan bahan readymade yg kat pasaraya. Pada pendapat K.Nor, tak susah nak buatnya cuma kita perlukan resipi doh pizza dan juga perlu ada sos utk pizza tu. Bagi yg nak amik jalan mudah boleh aje cari sos pizza yg readymade dlm botol, banyak dipasaran nun. Tapi bagi K.Nor, lebih suka buat sos sendiri sbb sebelum2 ni kalau K.Nor nak buat pizza, mmg K.Nor buat sendiri jer sos pizza tu.. Lebih berbaloi org kata :)


Setelah hampir 3 bulan baru dapat K.Nor godek2 resipi utk menunaikan hajat Siti Aisya tu (sebenarnya K.Nor pun terliur gak tengok pizza muffin yg dihasilkan hehe). K.Nor ada resipi doh pizza yg selalu K.Nor guna sebelum ni tp sbb sukatannya agak banyak, jadi K.Nor gugel la utk cari resipi yg sukatannya ngam2 utk K.Nor sekeluarga. K.Nor terjumpa dgn 2 resipi doh pizza dr Dayang Jack dan K.Nor guna salah satunya. Manakala utk sosnya K.Nor buat menggunakan resipi yg selalu K.Nor guna. 


Alhamdulillah.. mmg enak sekali bila ngap pizza simple gini. Elok kalau nak jamu anak2, angkut sorang seketul dua.. tak perlu potong2 lagi dah.. Nak buat pizza ni pun mudah jer sebenarnya. Dan kalau nak tukar sosej tu kepada hirisan ayam atau tak nak letak apa2 kecuali sos pizza dan cheese aje pun tak per.. Terpulang pd selera masing2 ya.. KITA YG BUAT DIA KAN.... ^___^

K.Nor mintak izin nak share resipi doh pizza Dayang ya.. Mekasih... Dan kepada Siti Aisya, semoga berpuas hati dan selamat mencuba :)




PIZZA MUFFIN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Doh pizza secukupnya
3 batang sosej ~ k.nor guna Ramly
sos pizza
parutan keju mozzarella
parutan keju cheddar

Cara membuat pizza muffin:
Sapu loyang muffin dgn mentega (lebihkan sedikit supaya pizza tak melekat bila masak nanti) dan taburkan sedikit tepung.
Bahagi dua doh pizza kemudian canai di atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung hingga nipis (jangan terlalu nipis) dan membentuk segiempat bujur.
Sapu dgn sos pizza hingga rata (tinggalkan sedikit bahagian tepi doh utk memudahkan proses menggulung)
Kemudian letakkan separuh dr sosej yg dihiris nipis di atasnya dan taburkan dgn parutan keju mozzarella.
Kemudian gulung doh kemas2.
Potong kepada 10 - 12 bahagian dgn pisau tajam.
Letakkan dlm loyang muffin yg dah digris tadi.
Ulang proses diatas kepada 1/2 bahagian doh lagi.
Biarkan pizza muffin tadi naik sekali ganda.
Tabukan parutan keju cheddar di atasnya sebelum dibakar dlm oven dgn kepanasan 190C selama 15 - 20 min atau sehingga masak
Hidangkan panas2.. 


Doh Pizza (by Dayang Jack)

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair

Cara-cara :
Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.

* k.nor lebihkan sket sukatan air sbb doh yg mula2 dihasilkan menggunakan sukatan air mengikut resipi agak keras. bukan salah resipi ya.. tp mungkin disebabkan kualiti tepung yg digunakan.. 


SOS PIZZA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 :
1 labu bawang besar (holand) ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 cawan sos tomato
3 sudu besar cawan sos cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk oregano
garam
gula
minyak ~ sebaiknya minyak zaitun

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, garam dan gula.
Renih hingga pecah minyak dan pekat.
Masukkan serbuk oregano dan kacau.
Masak seketika dan padamkan api.
Biarkan sejuk sebelum digunakan.




Thanks Moni, Candy :)

Nak selitkan di sini, award yg K.Nor terima dari dapur nasya.. lama tak main dgn award2 nih.. Mekasih nasya ya.. 


ACAR IKAN

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM....

Kalau diikutkan hati nak bercuti dr bersiaran lama sket. Skrg kan mood demam (demam PRU ler hehe) kut2 nak gi ngempen masuk kampung keluar kampung. Geng2 pesbuk, ramai yg dah bg tanda setuju nak pangkah parti baru yg berlogokan seguni garam kan....  hahahhaa... yer la tu.. Ngempen la sangat, nak test market la sangat.. Tak main la nak test market nih.. Berblogging pun sekadar suka2, isi masa yg terluang. Bukannya sbg mata pencarian dgn berblogging nih.. <ni k.nor, bukan org lain ya.. apa yg org lain buat, tu hak dia, hak individu, kena hormati hak org lain, baru org lain hormati hak kita, tak gitu? hehe>  Sebenarnya pc K.Nor buat hal baru2 ni.. merajukkah? mogokkah? tak tau ler.. ingatkan dah kena warded tp alhamdulillah.. dpt dibaiki dgn cpt.. Mood nak bercuti lama pun terbang melayang2.. heeee...


K.Nor hidangkan satu menu yg sangat simple dan enak. K.Nor cuma masak menu ni, nasi putih, pastu tak lupa sambal belacan dan ulam dgn sayur kacang botol, preshhh from my little kebun.. sedapppp sgt..  cukup menyelerakan.. Tambah pulak buat dgn ikan kegemaran K.Nor, ikan tongkol @ ikan aya... best!

ish.. sambal belacan lupa nak dienterprem kan.. :)

Resipi dari buku 50 Hidangan Penambat Selera lagi kali ni. Resipi2 dlm buku ni amat mudah dibuat, insyaallah menyelerakan. Bagi yg nak belajar masak tu, sila la dapatkan buku ni di kedai2 buku yg pemes ya... insyaallah ada. Kalau tak ada, sila contact K.Liza, boleh beli cara online dgn dia.. :)

ACAR IKAN 
resipi : K.Hanieliza (dr buku 50 Hidangan Penambat Selera )
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
2 ekor ikan selar ataupun ikan tenggiri ~ k.nor guna ikan tongkol/aya hitam
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 biji tomato ~ dibelah 4
garam secukup rasa
minyak secukupnya

Bahan B: ~ dihiris
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

Cara:
Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga wangi.
Masukkan air asam jawa, tomato dan serbuk kunyit. (kemudian k.nor masukkan garam dan sedikit gula utk mengimbangi rasa masam dan masin)
Apabila mendidih, masukkan ikan dan tutup api.
Hidangkan dengan nasi putih.


SIRA LABU ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Satu lg hidangan dr negeri Kelantan Darul Naim yg dibuat khas utk Gert bagi memeriahkan Malaysian Food Fest. Kalau Sira Labu ni selalunya dibuat atau dihidangkan masa kenduri kawin, samada dimakan dgn nasi minyak, nasi putih ataupun makan gitu aje sbg dessert. K.Nor mmg suka gak Sira Labu ni tp dgn syarat tak manis sgt la. Tapi kebiasaannya dessert Kelantan mmg manis2, so tak leh makan banyak la kalau yg kat kenduri tu. Tapi kalau yg kita buat sendiri, kita boleh ejjas sukatan gula yg digunakan.


Resipi Sira Labu ni K.Nor amik kat dapur Lina pg, mekasih ya Lina.Tak leh nak pot pet panjang, duk achummm achummmm jer dr pagi tadi. Hidung asyik tersumbat jer dr smlm, mula la tak leh nak lena mana. Ok.. Jumpa lagi.. Slmt mencuba Sira Labu bg yg berminat tu ya... ^ __ ^


SIRA LABU
resipi : Lina pg
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1/2 biji labu
3 sb gula merah
3 sb gula perang/gula pasir
3 helai daun pandan
Air kapur

Cara-Cara:
Labu dikupas kulit dan direndam ke dalam air kapur selama 1-2jam
Cuci bersih dan toskan labu
Susun labu ke dalam periuk dan taburkan gula merah dan juga gula perang.Sukatan gula terpulang kepada citarasa.
Letakkan daun pandan yang disiat-siat.
Tutup periuk dan masak labu dengan api yang kecil selama 1 jam atau sehingga labu empuk

Note: Lina pg tidak meletakkan air dalam resepi ni sbb labu akan mengeluarkan air semasa proses memasak..Jika suka boleh letakkan 1-2 sb air selepas tabur gula

~ k.nor tak guna kedua2 gula spt yg dlm resipi di atas, sebaliknya k.nor guna gula nisan..



"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "


ATTENTION : EMAIL BEING HACKED

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Pagi td K.Nor terima call dr Gert, bagitau yg dia terima email dr K.Nor yg mengatakan K.Nor perlukan bantuan wang yg urgent, dr Nigeria(bila masa pulak k.nor duk Nigeria?? haihhhh). Terkejut betul dgn berita dr Gert tu, terus K.Nor bukak email dn tengok semua email dlm folders yg dah sent pun, semua hilang. Dah gabra semacam bila kena kes macam ni.. 

click to enlarge the image

Check punya check yg menghacked K.Nor tu, datangnya dr Nigeria based pd apa yg K.Nor jumpa ni. 

click to enlarge the image

K.Nor mohon pada sesiapa yg terima email spt kat atas, yg mana menyatakan K.Nor mintak bantuan duit, PLEASE ya.. abaikan dan klik SPAM pd email tu dan delete. K.Nor tak tau la, dia hantar pada kesemua email yg ada dlm contact list K.Nor tu atau tidak tp sebagai langkah berjaga2, adalah digalakkan tukar password email anda supaya email anda pula tidak diceroboh ya..  Apa2 kesulitan yg timbul dr hal ni, K.Nor mohon jutaan ampun dan maaf.. <mood: sedih + geram + bengang + hopeless>

*K.Nor dah create new yahoo acc, so sapa2 yg nak hubungi K.Nor bolehlah guna email baru dah diupdate di sebelah ni ya (atas ruangan LABEL)

* K.Nor akan buat sticky mode pd entri ni utk beberapa hari supaya mana2 readers yg pernah email bertanyakan persoalan ttg cooking dn baking selama ni dgn K.Nor akan alert ttg hal ni ya.. tq


ANGEL HAIR BOLOGNESE

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Sepatutnya entri ni keluar pg semalam tp disebabkan kes email yahoo K.Nor kena hack tu, terus hilang mood nak update. Masa duk ngedit gambar dan nak mula ngarang entri ni la, K.Nor dpt panggilan dr Gert (tq so much for yr help Gert, really, really appreciate it) bagitau yg dia terima email mintak duit tu. Dalam keadaan panik, tak tau nak settle mcmana kes tu, cik abg pulak keluar dr awal pagi, mmg haru biru betul masa tu. Sambil online lg dgn Gert kat viber, dia juga bagi pendapat utk buat itu ini. Akhirnya dlm slow2 K.Nor cuba godek kat yahoo tu, bermula dgn tukar segala password (email dan jugak blog), hantar report kat yahoo yg acc dah kena hacked, submit req mintak dikembalikan segala email yg dlm simpanan (mmg banyak email yg dlm folder huhu) dan juga mintak dikembalikan contact list, pastu create new email acc.. pastu buat entri smlm, fuhhh... mmg betul2 haru biru.. Akhirnya semua settle, slow2.. sudahnya hanya sempat goreng nasi pukul 1.30ptg. Duk settle kes dari mula2 Gert call, lebih kurang pukul 10.40pg kut.. haishhh... satu pengalaman yg tak mungkin dilupakan.. Mudah2an tak terkena lagi lepas ni, insyaallah tak akan guna lg acc yahoo ni, K.Nor nak create acc gmail lak lps ni.. Akan K.Nor update new email kat sidebar tu bila dah settle semua ya.. K.Nor mohon maaf pd sapa2 yg terlibat, yg terima email mengarut tu.. 


Berbalik pd menu hari ni, ANGEL HAIR BOLOGNESE, biasanya org buat Spaghetti Bolognese kan. Tapi K.Nor lebih suka angel hair dr spaghetti, mungkin sbb ianya lebih halus dan lebih kepada mee kuning :) Resipi ni selalu K.Nor gunakan tiap kali buat spaghetti/pasta terutamanya time hari raya.. Alhamdulillah.. mmg laris dipasaran. maklum la, tekak melayu kan, nak kena ada rasa pedas2 gitu. kalau resipi bolognese biasa tu, lebih kepada rasa masam2 jer. 

Sos yg dihasilkan dr resipi kat bawah ni mmg agak banyak. Kalau ada lebihan tu boleh la simpan kat freezer. Time anak tekak terasa nak makan, atau kesuntukan masa nak masak masakan lain, boleh keluarkan sos dan panaskan. Sambil tu, boleh rebus pasta juga. So jimat masa dan tenaga kan.. Selamat mencuba resipi bolognese versi anak tekak Melayu ni.. ^____^


ANGEL HAIR BOLOGNESE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
angel hair secukupnya
sedikit minyak zaitun

Bahan utk sos bolognese:
400gm daging kisar
3 - 5 btg sosej ~ dihiris
1 labu bawang besar (holand) ~ dadukan
3 ulas bawang putih ~ dicincang
2 sudu besar cili mesin
1 cawan sos tomato
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 paket Perencah Sos Spaghetti Bolognese Maggi
1 batang celery ~ dadukan
1 - 2 batang lobak merah ~ dadukan
1 sudu besar dried oregano
garam dan sedikit gula
minyak (sebaiknya minyak zaitun)

Cara:
Rebus angel hair dan masukkan sedikit minyak zaitun hingga lembut.
Toskan. (simpan 2 cawan air rebusan utk digunakan dlm sos)
Panaskan minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan goreng lagi sekejap.
Masukkan daging kisar, kacau dan biarkan hingga keluar air daging.
Masukkan sos tomato, serbuk lada hitam, perencah sos spaghetti, celery dan lobak merah.
Kacau sebati dan masukkan 2 cawan air rebusan pasta td. Kacau.
Biarkan merenih hingga sedikit pekat, kemudian masukkan dried oregano.
Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
Masak sehingga kepekatan sos yg disukai.
Tuangkan sos atas pasta yg dihidangkan dlm pinggan.

*sos yg dihasilkan mmg agak banyak, boleh dimakan antara 1 -2 paket pasta angel hair. boleh juga dimakan dgn spaghetti atau makaroni.
** lebihan sos boleh disimpan dlm freezer, cuma panaskan balik bila nak makan.
*** utk rasa yg lebih sedap, boleh taburkan sedikit aun selasih masa menghidang.

Viewing all 229 articles
Browse latest View live